BAB 1

Romance Completed 2868

“HEI, lepaslah! Lepas! Apa ni?!” jerit Syazain. Puas dia merentap tangannya daripada ditarik oleh seorang lelaki. Baginya lelaki yang menariknya itu sangat pengecut. Apa tidaknya, lelaki itu menarik dirinya dari arah belakang.

“Kau diam boleh tak? Kalau kau tak nak apa-apa jadi dekat keluarga kau, kau ikut aku!” ugut lelaki itu. Kedua-dua belah tangan Syazain diikat. Syazain mengetap bibirnya.

“Kau nak apa sebenarnya hah? Kau cakap ajelah!” jerit Syazain. Menyesal rasanya kerana pulang lewat ke rumah pada hari ini. Tubuhnya ditolak masuk ke dalam sebuah kereta.

“Kau nak bawak aku pergi mana ni? Lepaskanlah aku!” Syazain tidak henti-henti menjerit. Lelaki yang mempunyai segaris parut pada pipi kanannya itu menghentak stering kereta.

“Kau boleh diam tak?! Aku kata diam, diamlah! Tak faham bahasa agaknya kau ni!” bentak lelaki itu keras. Terdiam Syazain dibuatnya. Syazain menyandar lesu pada seat kereta tersebut. Saat kereta tersebut mulai bergerak, air mata Syazain turun satu persatu membasahi pipinya. Terpejam jua matanya saat dia menangisi nasibnya.

“DATO’, ni gadis yang Dato’ minta saya cari,” kata Hamdan, lelaki yang ditugaskan untuk mencari dan membawa Syazain. Tali yang mengikat tangan Syazain dileraikan. Syazain memandang tajam wajah lelaki yang berada di hadapannya. Di dalam benaknya, timbul pelbagai persoalan. Apa tujuan dirinya dicari?

“Siapa nama kamu?” soal Dato’ Farid. Syazain diam tidak terkutik.

“Jawablah! Dato’ tanya kau tu. Tadi boleh pulak kau terpekik-pekik kan?!” jerkah Hamdan. Tersentak Syazain dibuatnya.

“Hamdan, jangan berkasar.” Dato’ Farid mengingatkan Hamdan.

“Syazain. Syazain Haidar binti Adrian,” jawab Syazain. Dia langsung tidak memandang wajah Dato’ Farid. Banglo yang tersergam indah menjadi santapan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience