BAB 5

Romance Completed 2868

‘Huh! Kau ni gaya mayat hidup aje. Nak hidup buat cara nak hidup! Tak reti nak bersyukur jadi manusia agaknya!’ kutuk Syazain lagi. Dia mencari-cari suis lampu bilik Syazwan. Setelah menemuinya, dia tersengih lebar.

‘Kejutan Encik Syazwan!’ kata Syazain di dalam hatinya. Serentak dengan itu, suis lampu bilik Syazwan dibuka. Dia merapati katil yang menempatkan Syazwan. Pandangan Syazain masih terpaku pada susuk tubuh Syazwan. Tidak sabar rasanya untuk melihat reaksi lelaki itu.

“Ma apa ni ma?!” marah Syazwan lalu bangun dari pembaringannya. Sebaik sahaja terpandangkan wajah Syazain, terus sahaja dia terdiam.

“Apa mama, mama? Sikit-sikit mama, sikit-sikit mama. Kau ni kan, jadi manusia memang tak reti nak bersyukur eh? Kalau Allah dah beri nyawa untuk hidup tu hiduplah. Yang kau pergi buat gaya mayat hidup ni kenapa? Kau tak pernah dengar ke? Yang dah pergi tu biarlah. Kita yang hidup ni kena teruskan kehidupan. Sepatutnya, kau doalah untuk arwah Wahidah tu supaya dia sentiasa berada dalam rahmatNya.

Ni tidak, kau ni macam tak terima qada’ dan qadar je. Berdosa kau tau tak? Dahlah kau menzalimi diri sendiri, tambah lagi dosa. Pulak tu, menyusahkan orang lain, tambah lagi dosa. Lepas tu, hari-hari kau marah orang, tambah lagi dosa. Selanjutnya, kau tak pergi sembahyang Jumaat, kalau dah lebih tiga kali, tambah lagi dosa. Next, kau dah lama tak sedekah dekat masjid. Alah, melepas pahala. Oh, yang paling penting, sebab kaulah papa kau culik aku tau. Sia-sia je kau pun dapat saham dosa.

See, kau jadi mayat hidup ni free-free aje kau dapat dosa. Pahala mana ada. Cuba kau senaraikan dekat aku. Pahala apa yang kau dapat kalau kau jadi mayat hidup. Nak jugak aku tahu. Hah, kau jadi mayat hidup ni kau solat tak? Kalau kau tak solat, tambah lagi dosa. Tulah, aku dah kata, kau jadi mayat hidup buat tambah dosa aje adalah,” tutur Syazain. Panjang lebar ceramahnya kepada Syazwan.

“Idah?” duga Syazwan. Tangannya hampir sahaja menyentuh pipi mulus milik Syazain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience