BAB 14

Romance Completed 2868

SYAZAIN memang tidak ada rasa nak keluar dari bilik. Tidur lagi bagus! Itulah Syazain, kalau rasa macam ada masalah saja, pasti tilam yang dia cari. Usai solat Isyak, Syazain merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia melihat jarum jam dinding yang tergantung di biliknya. Jam tersebut menunjukkan pukul 9 malam. Baru sahaja dia ingin memejamkan matanya, perutnya sudah membuat orkestra. Apa tidaknya, daripada tengahari lagi dia tidak makan.

Berdecit-decit mulut Syazain. Dalam hatinya, sudah berbakul-bakul nasihat ditujukan buat perutnya. Protes punya pasal sampai tak nak masak dan tak nak makan. Sempat lagi dia fikir, apalah yang menjadi santapan suaminya? Syazain Haidar, kau tak masak buat pertama kalinya ni, tak ke namanya mengabaikan suami? Soal otaknya. Syazain mengangguk. Memang pun, tapi aku macam dah malas dah nak masak untuk dia. Setiap kali aku masak, bukannya dia nak balik. Aku jugak tukang makannya, bidas hati Syazain.

“Ain, bukak pintu ni,” kata Syazwan sambil mengetuk pintu bilik Syazain. Syazain buat tidak dengar. Tidur lagi bagus! Syazain bangun daripada pembaringannya lantas lampu bilik ditutup. Lantaklah dia nak fikir apa pun! Ada aku kisah? Selama ni dia tak fikirkan perasaan aku, biarlah sekali ni aje aku tak fikirkan perasaan dia, gerutu Syazain di dalam hatinya. Berdosa Ain, otak Syazain mengingatkan tuannya.

Syazain buat tidak dengar akan peringatan otaknya itu. Cepat-cepat dia merebahkan tubuhnya di atas katil lantas tubuhnya diselubungkan dengan selimut.

“Ain, Ain tak tidur lagi kan? Ain baru lepas tutup lampu kan? Bukak pintu Ain,” tutur Syazwan lembut. Syazain, kalau sekali dia dah niat nak tidur mati, memang baring saja dah tidur. Buang masa saja Syazwan cakap-cakap depan pintu kayu tu.

Syazwan sudah mati kutu apabila hampir sepuluh minit dia bercakap di depan pintu bilik Syazain tanpa sebarang balasan. Pantas dia ke biliknya dan mengambil kunci rumahnya. Pintu bilik Syazain yang berkunci dibuka lantas dia bergegas masuk ke dalam. Nampak lena betul Syazain tidur. Baru sahaja dia berniat untuk membiarkan Syazain tidur, dia terdengar suatu bunyi. Berkali-kali dia cuba untuk mengecam, bunyi apakah itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience