BAB 10

Romance Completed 2868

‘Buang masa aje aku tunggu! Entah balik entah tidak! Tapi kalau aku nak tidur pun, mesti kena masuk bilik dia. Mahu aku kena soal siasat oleh kak long nanti kalau aku masuk bilik aku. Dia nilah, paksa aku tidur bilik lain. Eiii, dia ni macam tak ikhlas aje kahwin dengan aku,’ kata Syazain di dalam hatinya. Dia merebahkan tubuhnya di atas sofa seraya matanya dipejamkan. Tidur lagi bagus!

Syazwan masuk ke dalam rumahnya. Seusai mengunci pintu, dia ke ruang tamu memandangkan dia terdengar bunyi televisyen terpasang. Sesegera mungkin dia mencapai alat kawalan jauh televisyen lantas mematikan televisyen tersebut.

“Ni manusia tengok tv ke, tv tengok manusia ni? Membazir elektrik aje,” kata Syazwan perlahan. Matanya terpaku pada Syazain yang sedang lena. Namun wajahnya tetap sama, tetap beku, sebeku-bekunya. Dia ni memang jenis manusia tak ada perasaan tambah tak ada hati nurani agaknya.

Syazwan melutut di tepi sofa. Pandangannya jatuh pada wajah Syazain yang sedang lena. Bibirnya mengukir senyum. Hai, pelik betul Mr Frost Face Syazain ni. Sejak bila dia pandai tersenyum? Eh! Sejak bila pula Syazwan mendapat gelaran Mr Frost Face? Kalau nak tahu, sejak Syazain dan Syazwan tinggal serumah ini, Syazain menggelar Syazwan sebagai Mr Frost Faceapabila dia berbicara seorang diri. Kes sakit hatilah tu.

Jari Syazwan bermain-main dengan anak rambut Syazain. Sesekali, jarinya mengelus lembut pipi isterinya. Hai, dah panggil isteri nampak? Kau ni sebenarnya sukakan Syazain kan? Tapi saja buat beku dekat dia, bidas otak Syazwan. Syazwan mengetap giginya. Diamlah! Marah hatinya pula.

“Syaz, baru balik?” soal Syahirah yang datang daripada dapur. Syazwan mengangkat pandangannya seraya dia mengangguk. Dia tidak terkejut pun sebab kakaknya itu ada memaklumkan tentang kehadiran dirinya ke rumah Syazwan. Syahirah menghampiri adiknya lantas dia menghulurkan tangannya untuk disalam. Syazwan menyambut huluran tangan kakaknya itu lantas tangan Syahirah dicium penuh hormat.

“Awak selalu balik lambat Syaz?” soal Syahirah perlahan. Mereka sudah mengorak langkah ke meja makan. Syazwan terdiam seketika. Dalam fikirannya ada saja soalan yang berlegar-legar. Apa agaknya yang diberitahu oleh isterinya itu? Syazwan mengangguk dalam terpaksa. Takkan hendak ditipu satu-satunya kakak yang dia ada?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience