BAB 16

Romance Completed 2868

Pantas dia mengambil tempat di atas meja makan. Dia menyendukkan nasi ke dalam pinggannya. Nasi untuk suami kau tak ada ke? Soal otak Syazain. Huh! Kisah apa aku? Kalau aku senduk nasi untuk dia nanti, entah dia nak ke tidak makannya, bicara Syazain dalam hatinya. Dia mengambil lauk-pauk yang dimasak oleh suaminya. Usai membaca doa, Syazain menjamah sedikit makanannya. Sesekali, kelihatan dia mengangguk-angguk. Macam juri pertandingan memasak pun ada gayanya.

Syazain memandang lilin yang menyala di atas meja itu.

‘Lah, ada guna jugak lilin ni. Aku ingat sekadar hiasan aje. Tapi tengah terang benderang ni pun nak pakai lilin ke? Huh! Lantak kaulah labu...’ kata Syazain di dalam hatinya. Dia meneruskan suapannya. Boleh tahan jugak Mr Frost Face Syazain ni memasak kan? Yalah, kalau tak, takkan Si Syazain ni nak makan? Syazain ni jenis memilih bab-bab makan. Masakan mak dia, adik dia, masakan dia, dan masakan keluarga dia aje yang dia nak makan. Masakan orang lain macam tak ngam dengan tekak dia. Kiranya Mr Frost Face ni dah sebahagian daripada dialah ni?

‘Memang aku dah lama anggap dia tu sebahagian daripada aku. Daripada mula-mula kahwin lagi. Tapi dia tu... Ish! Malas aku nak ulang benda yang sama. Sejak aku nampak muka dia yang dah handsomewaktu hari akad nikah tu pun aku dah fall in love. Tapi bila dah hari-hari tengok frost face dia, aku pun jadi macam dah tak ada perasaan. Berjangkit dengan dialah ni,’ bicara Syazain dalam hatinya. Sedang dia mencuci tangannya di singki, terdengar suara orang berdehem lantas lampu ruang makan yang sedang terang benderang itu menjadi malap. Mujur ada lilin yang menyala dengan terang. Syazain menoleh ke belakang. Apa tidak seriaunya bila bahunya disentuh ketika dia sedang mengelap tangannya?

Hampir nak terkeluar anak tekak Syazain gara-gara menjerit. Wajah suaminya yang sedang tersenyum manis itu dipandang berkali-kali. Oh, inilah sebabnya Syazain menjerit tadi? Terkejut tengok Mr Frost Face tersenyum kepada dia rupanya. Yalah, pertama kalilah katakan. Syazain mengetap bibirnya.

Syazwan sudah melutut di hadapan Syazain. Gayanya seperti lelaki yang hendak melamar seorang wanita sahaja. Lagilah Syazain terkejut melihat tindakan Syazwan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience