BAB 15

Romance Completed 2868

Tatkala terpandangkan wajah Syazain yang berkerut seribu itu, barulah dia tahu bahawa itu adalah bunyi perut Syazain. Memang sudah kelaparan tahap separa kronik dah Syazain tu. Sebab itu berkerut-kerut wajahnya tika dalam lena. Agaknya dia termimpikan makanan yang tidak dapat dicapai.

Syazwan menggerakkan bahu isterinya. Pipi isterinya ditepuk perlahan.

“Ain, bangun sayang,” kata Syazwan. Syazain masih tidak memberikan sebarang reaksi, Cuma kerutan pada wajahnya semakin hilang. Syazain ni sebenarnya tak tidur mati pun. Pura-pura lena saja sebenarnya tadi. Mana boleh tidur kalau perut merungut minta diisi makanan.

“Jangan kacaulah. Ain nak tidur,” kata Syazain dengan suara seraknya. Ni kes tak minum air daripada tengahari tadi. Nak harapkan air liur, memang tak menjadilah. Sampai kering bibir Syazain dibuatnya. Syazain mengiring membelakangi suaminya.

“Ain, abang dah masak. Jom, makan,” ajak Syazwan. Syazain buat muka tidak kisah dengan mata yang masih terpejam. Tak percayalah tu suami dia dah masak.

“Pandai ke abang masak? Tak nak. Ain nak tidur,” kata Syazain.

“Jom, makan. Jangan buat perangai. Kalau abang buat somethingjangan marah pulak,” ugut Syazwan. Eleh, ingat Ain takut ke apa? Ain tak takutlah, desis Syazain dalam hatinya.

“Tak nak. Ain tak takutlah dengan something abang tu. Ain nak tidur,” tutur Syazain. Sekali tengok macam kanak-kanak sahaja perangainya! Syazwan bertindak menarik selimut yang menyelimuti tubuh Ain.

“Perut kosong tak boleh tidur. Nanti masuk angin,” kata Syazwan seraya tubuh Syazain dicempungnya dan dibawa ke bawah. Terjerit Syazain dibuatnya. Kalau dia tidak berpaut pada leher suaminya itu, sudah pasti dia akan terjatuh. Tak guna! Baguslah sangat idea ni, marah Syazain dalam hatinya.

Sebaik sahaja kakinya sudah selamat memijak lantai ruang makan, matanya memandang makanan yang terhidang di atas meja. Ada rupa, puji Syazain di dalam hatinya. Dia menoleh ke tepi, mana pulak suaminya itu? Ah lantaklah! Aku dah lapar tahap kronik dah ni, kata Syazain dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience