BAB 6

Romance Completed 2868

“Hei kau ni. Aku bukan Idahlah! Aku Syazain ! Syazain Haidar binti Adrian! Kau jangan nak sentuh aku okey? Kita bukan mahram. Nak sentuh aku, kahwin dengan aku,” kata Syazain.

‘Eiii, nak ke aku kahwin dengan dia ni? Muka serabai macam apa je! Gelilah aku,’ desis hati Syazain. Dia sudah membuat muka geli-gelemannya.

“Eh, batal-batal. Tak inginlah aku kahwin dengan kau. Muka macam hutan belantara aje aku tengok. Hensem ke tak tu aku tak kisah. Tapi muka kau ni tak ada aura manusia langsung. Kalau nak dibandingkan kau dengan papa kau, sejuta kali aku lebih rela kahwin dengan papa kau. Muka dia aura berseri-seri sikit. Tak macam kau,” jujur Syazain. Selamba saja dikutuknya lelaki di hadapannya itu.

“Idah, abang rindukan Idah,” ujar Syazwan. Dia cuba untuk menarik tangan Syazain. Sepantas kilat Syazain melarikan tangannya. Air muka Syazwan berubah mendadak. Syazain sudah menarik nafasnya dalam-dalam.

‘Ish! Mamat ni, tak retilah aku nak cakap macam mana dekat dia ni kan? Adui, kalau nak aku pulihkan dia kembali, kena ada contact. Sebab dia asyik ingat aku ni arwah Idah aje. Sia-sia aje aku dapat dosa nanti. Macam mana nak buat ni? Takkan aku kena kahwin dengan mamat ni kot? Ni kalau aku bagitahu ibu ni, confirm ibu terkejut besar. Yalah, boyfriend pun tak ada tup-tup dah nak kahwin. Mesti ibu ingat aku ada buat perkara tak senonoh dengan dia ni. Ish! Nauzubillahiminzaalik!’ kata Syazain di dalam hatinya. Dia menapak ke pintu bilik.

“Idah! Idah nak pergi mana tu? Idah, tolonglah... jangan tinggalkan abang lagi,” rayu Syazwan.

“Eiii, bisinglah mamat ni. Aku nak jumpa papa kaulah!” marah Syazain. Dengan pantas dia keluar daripada bilik itu. Kelihatan Dato’ Farid dengan isterinya sedang menantikan khabar dengan wajah penuh pengharapan. Syazain mendapatkan isteri Dato’ Farid. Tangan wanita itu dicium penuh hormat.

“Dato’, prinsip saya berlandaskan agama saya. Agama Islam. Tiada sebarang hubungan yang menghalalkan melainkan perkahwinan. Saya akan menerima sesiapa sahaja yang sedia melafazkan akad nikah untuk menikahi saya. Sesiapa saja. Jadi Dato’ saya tak boleh bantu dia. Sebab dia asyik ingat saya ni arwah Idah. Memang saya dapat dosa percuma ajelah sebab dia asyik nak pegang saya aje. Saya bukan nak ambil kesempatan Dato’, saya tahu saya ni miskin. Tapi kalau Dato’ nak saya tolong dia, jika dia mahu dengan sepenuh kerelaannya, nikahilah saya dan saya nak dia laksanakan tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Saya juga akan melakukan perkara yang sama, saya akan laksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri,” jelas Syazain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience