BAB 17

Romance Completed 2868

“Syazain Haidar binti Adrian, sudikah kiranya Syazain menjadi isteri sehidup dan semati kepada Syazwan Hanif bin Farid?” Syazain sudah terkedu. Terserlah riak wajah blur-nya. Kalau tak disebabkan keadaan sedang malap sekarang, sudah pasti Syazwan nampak warna wajah isterinya yang sudah merona merah.

“Dear Mr Frost Face, Syazain Haidar nak cakap yang Syazain Haidar binti Adrian infiniti kali sudi untuk menjadi isteri sehidup dan semati kepada Syazwan Hanif bin Farid,” ujar Syazain sambil mencapai tangan Syazwan. Kiranya jawapan Syazain tadi dah sehabis selambalah tu.

Syazwan memeluk erat tubuh isterinya. Syazain tidak terkata apa. Perlahan-lahan pelukan suaminya dibalas.

“Abang minta maaf sayang. Abang minta maaf sebab abaikan Ain selama ni. Abang minta maaf dengan sikap abang yang beku dengan Ain. Ain, abang ikhlas menikahi Ain. Sejak Ain jumpa dengan abang dalam bilik abang, dengan segala apa yang Ain katakan kepada abang, abang sedar, arwah Wahidah itu adalah masa silam abang, tapi abang tak pernah lupakan dia. Dan Syazain, Ain adalah masa kini dan masa depan abang. Jujur abang katakan, abang sayang dan cintakan Syazain. Maafkan abang sayang dengan sikap abang selama ni,” tutur Syazwan. Syazain mengangguk-angguk sambil melurut lembut belakang suaminya.

“Kenapa Ain cakap Mr Frost Face?” soal Syazwan sebaik sahaja pelukan mereka terlerai. Syazain tersengih-sengih.

“Abang dah makan?” soal Syazain. Syazwan menjegilkan matanya. Geram dengan isterinya yang sengaja mengubah topik perbualan.

“Dah. Jawab Ain, jangan nak ubah topik,” ujar Syazwan. Syazain membuat muka sehabis comel.

“Encik Muka Beku!” jawab Syazain lalu berdekah-dekah dia ketawa. Syazwan menjegilkan lagi matanya. Geram sungguh dengan jawapan isterinya itu.

“Ain!” Syazain sudah membuka langkah seribu. Dia tahu, larilah macam mana sekalipun, kalau dah bersaing dengan suaminya, dia takkan menang. Dahlah dia ni jenis kecil molek. Berbeza sangat dengan suaminya itu. Moga bahagia terus menjadi milik mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience