BAB 18

Romance Completed 2868

SYAZAIN memandang wajah ibunya yang sedang tersenyum gembira. Dia turut merasai kegembiraan itu. Asfar yang sedang melayani tetamu-tetamu yang hadir ke kenduri kesyukuran itu dipandang sayang. Adiknya kini sudah bergelar graduan. Oleh kerana itulah kenduri kesyukuran ini diakan. Dalam pada itu, kenduri ini juga diadakan bersempena dengan dirinya yang kini sedang hamil. Usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan.

Alhamdulillah, Mr Frost Face bukan lagi Encik Muka Beku yang dikenalinya. Suaminya itu telah betul-betul berubah. Tiada lagi muka bekunya. Cuma, jika suaminya itu sedang merajuk, muka bekulah penemannya.

“Kakak, baik kakak pergi tengok abang tu. Dah gaya macam apa aje As tengok. Harap-haraplah kalau isteri As mengandung nanti As tak kena macam abang,” ujar Adam Asfar. Dia memuncungkan mulutnya ke arah abang iparnya itu. Syazain sudah tersengih-sengih. Kasihan pula akan suaminya itu. Sejak dia hamil, segala alahan ditanggung oleh suaminya.

“As, awak tu tak kahwin pun lagi. Jangan nak mengada,” kata Syazain lantas meninggalkan Asfar yang sedang tersenyum senget.

Syazain memandang kak long dan mama yang sedang melurut lembut belakang suaminya yang sedang memuntahkan segala isi perutnya ke dalam singki. Dia turut mendapatkan suaminya itu. Alah, bukannya apa sangat yang keluar, air sahaja. Kalau dah banyak kali muntah dan tidak masuk makanan, memang air sajalah yang dikeluarkan.

“Abang okey tak ni?” soal Syazain.

“Sayang jangan duduk jauh-jauh boleh tak? Janganlah seksa abang,” rayu Syazwan setelah dia mencuci mulutnya.

“Hah, buatlah lagi frost face tu. Lagi abang buat, lagi jauh Ain duduk,” ugut Syazain. Syazwan mengetap bibirnya menahan geram. Pipi isterinya itu dicubit.

“Yalah, Ain takkan tinggalkan Mr Frost Face Ain ni,” kata Syazain. Syazwan tersenyum bahagia. Tangan Syazwan melingkar pada pinggang isterinya. Dato’ Farid, Datin Qamarina, Puan Hidayah, Syahirah, dan Asfar yang sudah tercegat di hadapan kakaknya tersenyum gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh insan-insan yang mereka sayangi. Moga bahagia yang dirasai terus berkekalan selagi hayat dikandung badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience