BAB 3

Romance Completed 2868

“Biasalah ibu, kerja tak siap lagi,” jawab Syazain terpaksa berbohong. Takkanlah hendak beritahu yang dia sudah diculik oleh seorang Dato’. Mahu terkena serangan jantung ibunya nanti. Ish! Dia tidak sanggup kehilangan ibunya.

“Ermmm, yalah. Ada apa-apa nanti telefon rumah tau? InsyaAllah, ibu jawab. Jaga diri baik-baik Ain,” pesan Puan Hidayah.

“Ya ibu. Ibu jangan risau. Ibu pun jaga diri, assalamualaikum,” ucap Syazain. Setelah Puan Hidayah menjawab salamnya, Syazain mematikan talian.

“Nah, terima kasih! Puas hati, dapat dengar suara ibu aku? Aku ni baik tau, tak menipu. Kalau aku kata nak callibu aku, aku callibu akulah. Buat apa call orang lain,” kata Syazain. Telefon Hamdan diserahkan kembali kepada tuannya.

“Cepatlah ikut Dato’ masuk dalam. Banyak cakap pulak kau ni,” kata Hamdan. Syazain mencebikkan bibirnya.

“Yalah-yalah, aku nak masuklah ni,” jawab Syazain lantas dia mengorak langkahnya masuk ke dalam rumah banglo milik Dato’ Farid.

“Dato’, kenapa Dato’ bawak saya ke bilik ni? Eiii, seramlah!” kata Syazain. Dia memandang suasana ruang tamu tingkat atas yang suram.

“Baru gelap sikit kamu dah kata seram. Sebenarnya Ain, saya nak minta tolong kamu. Saya nak minta kamu tolong kami pulihkan Syazwan,” jelas Dato’ Farid. Terjegil mata Syazain dibuatnya.

“Eiii, anak Dato’ ni sakit apa? Saya bukannya doktor Dato’. Mana boleh saya sembuhkan orang sakit,” jawab Syazain.

“Kamu tolonglah Syazwan. Dia mengalami kemurungan selepas kematian Wahidah. Tak sampai sehari pun usia perkahwinan mereka, Wahidah dah dijemput Ilahi,” terang Dato’ Farid. Syazain menggosok dahinya.

“Masalahnya Dato’, kenapa saya pulak? Apa kaitannya saya dengan Si Syazwan? Apatah lagi, arwah Wahidah. Saya tak kenal pun siapa mereka. Dato’ pun saya tak kenal!” kata Syazain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience