BAB 4

Romance Completed 2868

“Sebab wajah kamu iras Wahidah. Iras sangat,” jujur Dato’ Farid. Dia menunjukkan sekeping gambar arwah Wahidah yang sedari tadi dipegangnya. Terkedu Syazain melihatnya. Ya, dia akui, wajah arwah Wahidah memang ada iras dengan wajahnya. Dia berfikir seketika.

“Macam mana Dato’ boleh kenal saya?” soal Syazain. Dato’ Farid tersenyum.

“Kamu bekerja dekat FQ Holdings kan?” soal Dato’ Farid. Syazain mengangguk.

“Tu syarikat saya. Saya ada fail yang mengandungi butiran diri kamu,” jelas Dato’ Farid. Syazain mencebikkan bibirnya. Tulah kau Syazain, tak ambil tahu lagi siapa pemilik syarikat tempat kau kerja, kutuk otak Syazain. Suka hati akulah! Bentak hati Syazain.

“Yalah, saya tengok dulu macam mana keadaan Si Syazwan tu. Biar saya masuk,” jawab Syazain.

“Kamu jangan buat perkara yang dia tak suka sudahlah. Habis dia mengamuk nanti,” pesan Dato’ Farid.

“Tahulah Dato’. Dato’ duduk aje diam-diam. Biar saya uruskan. Kalau saya menjerit, Dato’ masuk okey? Manalah tahu dia nak buat tak baik dekat saya sebab ingat saya ni arwah Wahidah kan?” ujar Syazain. Dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik Syazwan.

‘Perghhh! Ni bilik ke tempat pembuangan sampah? Berapa bulan tak sembur pewangi?’ kutuk Syazain di dalam hatinya. Meluru dia membuka tingkap bilik itu dengan luas. Kepalanya dikeluarkan dari jendela supaya dia dapat menghirup udara segar.

‘Gelap gila bilik ni. Macam dark room misteri aje aku tengok. Meh sini, Encik Syazwan, Cik Syazain Haidar bukakan tingkap banyak-banyak. Membazir aje tau ada tingkap tapi tak buka,’ kata Syazain di dalam hatinya.

Sinar cahaya daripada lampu yang masuk apabila tingkap dibuka menyedarkan Syazwan dari lenanya. Bengang pastinya dengan orang yang membuka tingkap biliknya.

“Tutuplah tingkap tu mama. Syaz tak sukalah. Tutuplah mama,” kata Syazwan. Syazain sudah tercebik-cebik di tepi tingkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience