BAB 12

Romance Completed 2868

“Tak Ain. Abang MC hari ni,” kata Syahid Lukman Al-Hakim.

“Oh, MC. Sakit apa?” soal Syazain sengaja berbasa basi. Tak naklah dia dilabel sombong nanti.

“Abang demam,” jawab Syahid Lukman Al-Hakim. Syazain sekadar mengangguk.

“Tu suami Ain tak marah ke berborak dengan abang ni?” soal Syahid Lukman Al-Hakim apabila Ain tidak berkata-kata lagi. Dia memuncungkan bibirnya ke arah Syazwan yang sedang duduk di atas sebuah kerusi. Bersilang kakinya macam gaya bos tengah arahkan pekerja aje. Syazain memandang sekilas. Memang tajam mata suaminya memandang ke arah sini.

“No comment. Kalau dia marah, dah lama dia tarik saya,” kata Syazain. Syahid Lukman Al-Hakim tersenyum panjang mendengarkan jawapan Syazain itu. Dia menyambung lagi perbualannya dengan Syazain. Syazain terpaksalah melayan memandangkan Syahid Lukman Al-Hakim itu ialah jirannya.

Syazwan yang menjadi pemerhati sedari tadi sudah tidak senang duduk. Panas hatinya kini. Sampai muka pun dah berwarna seperti ketam yang dah dimasak. Sebaik sahaja melihat Syazain sudah melangkah meninggalkan Syahid Lukman Al-Hakim yang setia merenung isterinya itu, Syazwan melangkah masuk ke dalam rumah. Dalam hatinya, sudah berkilo-kilo sumpah seranah yang ditujukan untuk Syahid Lukman Al-Hakim.

Usai meletakkan bakul yang digunakan tadi di luar rumah, Syazain melangkah masuk ke dalam rumah. Sekali lagi, dia terkejut beruk bila tangannya ditarik kuat oleh Syazwan. Pintu belakang rumah itu ditutup rapat dan dikunci oleh Syazwan. Bertambah terkejut bila Syazain tengok muka suaminya itu dah macam kena panas aje. Merah semacam! Syazain ditarik sehingga ke ruang tamu.

“Kenapa Ain cakap dengan Syahid tu?” soal Syazwan dengan muka bengisnya sebaik sahaja Syazain sudah melabuhkan duduk di atas sofa.

“Dia kan jiran kita, dah dia tegur tu, takkan Ain nak buat tak tahu aje? Nanti apa pulak dia kata. Abang nak ke dia cakap bini Syazwan tu bodoh sombong berlagak nak mampus, orang tegur buat tak tahu aje. Abang nak macam tu?” kata Syazain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience