BAB 8

Romance Completed 2868

“AWAK jangan panggil saya Idah ya? Kalau saya dengar awak panggil saya Idah, sampai bila-bila awak takkan jumpa saya lagi dah!” jelas Syazain memperingatkan suaminya.

“Syazain Haidar, bukan Nur Wahidah!” tokok Syazain. Dia sudah melabuhkan duduk di hadapan suaminya yang sedang bersila di atas lantai. Tangan Syazwan dicapai dan digenggam erat. Dia memberanikan diri menentangkan matanya dengan mata Syazwan.

“Ain tahu, abang terkesan sangat dengan pemergian arwah Wahidah. Kehadiran Ain sebagai isteri abang, untuk memulihkan abang dan untuk melengkapi hidup abang. Andai abang sudah terima qada’ dan qadar Allah bahawa arwah Wahidah sudah lama meninggal dunia, Ain harap, jangan pernah abang abaikan Ain. Ain tahu, antara kita, tiada cinta. Tapi cinta boleh dipupuk. Ain harap sangat, abang dah dapat terima kenyataan sejak abang lafazkan akad nikah tadi. Kalau abang masih tak dapat terima kenyataan, tak mungkin kita akan menjadi suami isteri sebab nama Syazain Haidar binti Adrian, pasti akan abang gantikan dengan nama Nur Wahidah.

Abang, jujur Ain katakan, Ain tidak pernah mencintai seorang lelaki yang bukan mahram dengan Ain, seikhlas hati. Ain juga sudah lama tidak dicintai oleh seorang lelaki, melainkan Asfar, adik Ain. Ain rindukan rasa dicintai oleh seorang ayah. Bagi Ain, perkahwinan ini telah membuka satu peluang untuk Ain merasai cinta daripada seorang ayah. Bagi Ain, perkahwinan ini telah membuka satu peluang untuk Ain mencintai abang seikhlas dan setulus hati Ain. Ain harap sangat, abang mampu untuk buat perkara yang sama kepada Ain,” luah Syazain. Setitis demi setitis mutiara jernih jatuh membasahi pipinya. Apa yang dilihatnya kini, wajah Syazwan beku, sebeku-bekunya.

Syazwan menarik tangannya daripada terus digenggam oleh Syazain. Dia bangun lalu merebahkan tubuhnya di atas katil. Selimut ditarik sehingga menutupi wajahnya. Syazain memejamkan matanya bagai cuba mengumpul semangat. Kenapa Syazwan melafazkan akad nikah jika dia tidak bersedia untuk menerima dirinya? Adakah Syazwan dipaksa? Tapi tak mungkin!

Dengan hati yang hiba, Syazain melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil wuduk bagi menenangkan perasaannya. Usai memakai telekung, Ain mengambil senaskhah al-quran bersaiz kecil yang disimpan dalam beg tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience