BAB 9

Romance Completed 2868

“Tenanglah Ain, tenangkan diri dengan kalam Allah. Menangislah Ain, kalau tangisan itu boleh terus menghidupkan hati kau,” tutur Syazain sendiri. Setelah itu, dia mula membaca sebaris demi sebaris kalam Allah itu. Sesekali, air mata yang jatuh disekanya. Tabahlah Syazain !

“SYAZ tak balik lagi?” soal Syahirah sambil melangkah masuk ke dalam rumah adiknya itu. Wajah Syazain dipandang. Syazain sekadar menggeleng.

“Biasalah balik lambat tu. Mungkin ada kerja kot? Kak long tidur sini kan?” soal Syazain. Syahirah mengangguk.

“Ain, dia selalu ke balik lambat?” duga Syahirah. Syazain diam lantas menggeleng. Takkan hendak diberitahu hakikat sebenar? Takkan hendak dibuka cerita mengenai rumah tangganya?

‘Bukan setakat balik lambat, tak balik pun selalu! Aku hidup dah gaya tak ada laki je,’ kata Syazain di dalam hatinya.

“Akak happy sangat dia dah sembuh. Sebaik sahaja korang kahwin, memang dia dah tak buat perangai lama dia dah meski dia sedar yang Ain bukan arwah Wahidah. Akak tahu, dia dah dapat terima hakikat yang arwah Wahidah dah meninggal. Akak yakin, dia memang bersedia untuk menjadi suami Ain. Dia memang ikhlas nikahi Ain. Jika tidak dia takkan bersetuju,” ujar Syahirah. Syazain mendengar dengan teliti.

‘Kalau betul dia memang rela dan dah bersedia, kenapa buat perangai macam tak ada bini dekat rumah? Kenapa buat perangai macam aku ni tunggul?’ jerit hati Syazain. Menangislah air mata darah sekalipun, kalau depan lelaki berwajah beku yang bergelar suaminya itu, tetap tak dapat apa-apa! Dasar manusia tak ada perasaan!

“Okeylah, akak naik dulu. Ain nak tunggu Syaz ke apa ni?” soal Syahirah. Syazain mengangguk dengan hati yang tidak rela. Melihatkan reaksi Syazain, Syahirah naik ke tingkat atas bersama begnya. Dia ke rumah Syazwan pun kerana rindukan adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience