BAB 2

Romance Completed 2868

“Mari, ikut saya,” ajak Dato’ Farid. Syazain menelan liur.

“Tak. Tak semudah tu saya nak ikut orang yang saya langsung tak kenal! Sebenarnya, apa niat Dato’ culik saya ni? Saya bukanlah anak jutawan. Kalau saya anak jutawan pun, tak ada gunanya jugak Dato’ culik saya sebab Dato’ pun dah kaya kan? Ke Dato’ ni bapak ayam? Dato’ memperdagangkan manusia eh?” Selamba badak Syazain menyoal Dato’ Farid. Tergelak Dato’ Farid dibuatnya.

“Syazain, kamu jangan risau. Dalam rumah ini, ada isteri dan anak-anak saya. Saya bukanlah seperti yang kamu sangkakan. Mari, ikut saya masuk ke dalam rumah. Dengan itu, kamu dapat tahu kenapa saya tugaskan Hamdan untuk mencari kamu,” jelas Dato’ Farid. Berkerut-kerut dahi Syazain dibuatnya.

“Sekejap Dato’, pinjam telefon sekejap. Saya nak telefon ibu saya. Risau dia nanti saya tak balik,” ujar Syazain. Minah ni memang jenis selamba tak bertempat ke apa? Hamdan sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Nahlah, kau pakai telefon aku. Dato’ punya telefon dalam rumah,” kata Hamdan. Dia menghulurkan telefonnya kepada Syazain. Pantas Syazain menyambut lantas nombor telefon ibunya didail.

“Buat loudspeakear. Bukannya boleh percaya kau ni. Entah-entah polis yang kau telefon,” kata Hamdan. Syazain menjeling tajam.

“Yalah, kau ni sibuklah! Tak kuasa aku nak telefon polis kalau dah sampai rumah banglo macam ni,” jawab Syazain. Amboi, tadi bukan main lagi kau menangis ya Syazain ?

“Assalamualaikum ibu,” ucap Syazain sebaik sahaja talian berjawab.

“Waalaikumussalam, Ain. Ain dekat mana ni sayang? Kenapa tak balik lagi? Risau ibu tahu?” Cemas kedengaran nada suara Puan Hidayah.

“Ain okeylah ibu. Ain tak tahu lagi Ain balik ke tidak sebab Ain ada hal ni. Tapi ibu jangan risau, Ain boleh jaga keselamatan Ain. Ibu tidurlah dulu dengan adik. Nanti kalau ada apa-apa Ain telefon ibu,” ujar Syazain.

“Ain ada hal apa ni?” soal Puan Hidayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience