BAB 20

Romance Completed 6287

Setengah jam kemudian, Tengku dan Hafizah bertolak ke Batu Feringgi. Dalam perjalanan, Tengku dan Hafizah hanya mendiamkan diri. Kadang-kala Tengku menjeling Hafizah di sisinya dengan ekor matanya, melihat reaksi muka Hafizah yang agak lesu dan tak bermaya juga kelihatan pucat. Sesekali ketika pandangan mata mereka bertembung, Hafizah cuba memberikan senyuman walaupun tidak semanis selalu yang gadis itu selalu lemparkan padanya. Sebaik sahaja sampai di Batu Feringgi, Hafizah dan Tengku bergerak keluar dari kereta.

“Awak, kita je kan?”tanya Hafizah kerana dia berasa tidak selesa langkah Tengku yang tanpa henti menuju ke salah sebuah keluarga yang ada di situ.

“Takla. Ada keluarga saya sekali,”jawab Tengku.

“Hah? Awak tak beritahu pun,”Hafizah terkejut, langkahnya terhenti.

“Awak tak tanya pun tadi. Sekarang baru tanya,”balas Tengku turut menghentikan langkahnya menunggu Hafizah melangkah bersamanya.

“Dah! Jom,” Tengku menyuruh Hafizah mengekorinya. Akhirnya, Hafizah terpaksa melangkah mengekori Tengku dari belakang ke arah keluarga Tengku berada. Tengku memperkenalkan Hafizah kepada ahli keluarganya dan mereka menyambut kedatangan Hafizah dengan baik.

Kemesraan yang ditonjolkan keluarga Tengku membuatkan Hafizah langsung tidak merasa janggal di dalam keluarga itu. Di dalam kemesraan itu, Hafizah bangun mengundurkan diri berjalan di persisiran pantai dan duduk dia atas batu yang ada di tebing pantai. Kedengaran tapak kaki mendekatinya membuatkan Hafizah berpaling dan tersenyum apabila melihat gerangan yang merapatinya.

“Assalammualaikum,”Tengku memberi salam sambil melabuhkan punggung di sebelah Hafizah.

“Waalaikummussalam, “jawab Hafizah.

“Saya ingat awak dah hilang tadi. Risau saya, dah la anak dara orang,”Tengku bergurau. Hafizah sekadar mengukir senyuman.

“Kenapa awak jauhkan diri? Tiba-tiba je hilang,”Tengku berterus-terang kerana gurauannya tidak mendapat perhatian Hafizah untuk berbual

“Saya taknak ganggu masa awak dengan keluarga awak,”balas Hafizah sambil merenung jauh laut yang berada di hadapannya.

“Menganggu apa pulak? Kalau tak, saya takkan ajak awak ke sini,”tegur Tengku dengan tanggapan negatif yang dibuat Hafizah.

“Mana tau, awak nak jumpa saya semata-mata hanya nak tahu sebab saya tiada dalam 4 hari sebelum ni ke?”Hafizah mengagak.

“Memang pun. Tapi, sambil-sambil tu saya nak awak ceria jugak. Saya nak awak rasa kegembiraan yang saya rasa dengan keluarga saya,”jelas Tengku.

“Kenapa awak nak saya rasa apa yang awak rasa? Perlu ke semua tu?” tanya Hafizah sambil memandang pelik ke arah lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.

“Perlu. Sebab saya awak dah tak seceria dulu. Saya makin kehilangan Hafizah yang saya kenal. Kawan saya yang selalu ceriakan saya. Saya tengok awak lesu je. Muka pun pucat je,”terang Tengku.

“Apa-apalah,”balas Hafizah acuh tak acuh.

“Kenapa awak balik kampung? Then, i called you but no one of them you answer,”tanya Tengku meminta penjelasan.

“Ibu… Ibu saya meninggal dunia,”serentak itu air mata mengalir di pipi gadir itu. Dia mengetap bibirnya menahan tangisan.

“Innalillah… Kenapa awak tak beritahu saya?”tanya Tengku, ternyata dia terkejut dengan berita yang baru sahaja dia dengar.

“Saya sendiri pun tergesa-gesa. Yang saya fikir masa tu ibu je. Maaf,”ucap Hafizah.

“Awak balik naik apa hari tu?”tanya Tengku.

“Kawan sekuliah saya tolong hantarkan saya ke stesen bas. Kebetulan ada bas masa tu,”beritahu Hafizah.

“Habis tu, sekarang ni awak tinggal dengan siapa?”tanya Tengku kerana seingatnya Hafizah merupakan anak yatim dan anak tunggal di dalam keluarganya.

“Buat masa ni saya masih tinggal di rumah keluarga saya. Saya sendiri taknak menyusahkan sesiapa,”balas Hafizah.

“Habis tu, sekarang awak dekat sini rumah tu mesti kosong. Takpe ke?”Tengku bertanya lagi cuba mengalihkan perhatian Hafizah dengan kesedihan.

“Saya ada minta tolong jiran-jiran saya tengok-tengokkan rumah tu masa saya takde,”beritahu Hafizah. Tengku mengangguk-angguk faham.

“Dah la. Jangan sedih. Ketentuan Allah begitu. Saya tahu awak kuat untuk hadapi semua ni. Jangan risau, kalau ada apa-apa masalah, saya sentiasa ada untuk bantu awak,”Tengku menawarkan dirinya untuk membantu Hafizah.

“Terima kasih, Tengku. Awak memang kawan yang baik. Bertuah saya ada kawan macam awak,”luah Hafizah sambil tersenyum. Air matanya kini telah kering.

“Jom! Kita makan, semua dah naik dari pantai tu nampaknya,”Tengku bangun sambil memandang ke arah pantai dimana anak-anak saudara bersama adik-adiknya bermain air. Hafizah mengangguk lalu bangun mengekori Tengku menuju ke arah keluarga Tengku berada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience