BAB 6

Romance Completed 6287

Pada suatu hari, di taman universiti kelihatan Tengku sedang mengulang kaji pelajaran, Hafizah mendekati lelaki itu.

“Assalammualaikum,”sapa Hafizah ceria, mengambil tempat di sebelah Tengku.

“Waalaikummussalam, sayang,”jawab Tengku mesra sambil menoleh ke arah Hafizah, sambil menanggalkan cermin matanya.

“Dah kenapa awak ni? Demam ke apa?”tanya Hafizah, pelik dengan perangai Tengku.

“Shhh.. someone comes here, please,”pinta Tengku sambil meletakkan jari telunjuknya di bibirnya sendiri dengan berbisik kepada Hafizah.

“Lama I tak nampak you, you pergi mana? Tak rindu I ke?”tanya Tengku kepada Hafizah. Hafizah tercengang.

“Err… I busy la. Lately, lecturer banyak bagi assignment,”balas Hafizah janggal.

“O. Kesiannye, you. Mesti penatkan,”balas Tengku sambil meletakkan kedua-dua tangannya di atas kedua-dua bahu Hafizah. Berlagak seperti mengurut bahu gadis itu.

“Jangan sentuh saya!”bisik Hafizah sambil menarik tangan kanan Tengku yang paling dekat dengannya supaya di jatuhkan. Sekarang, seorang gadis benar-benar mendekati mereka berdua. Tangan kanan Tengku masih dipegang oleh Hafizah dan tangan kiri Tengku masih di atas bahu Hafizah.

“Hai, Ariff. You busy ke?”tanya gadis itu.

“Hai, Julia. Busy sikit, kenapa?”tanya Tengku kepada gadis yang bernama Julia itu.

“Tolong ajar aku, organic chemistry. Boleh?”tanya Julia.

“Hah? Kenapa aku pulak? Amirul mana? Mintak tolong dia la,”balas Tengku.

“Yang you ni kedekut sangat ilmu kenapa? Ajar jela. Apa salahnye, dia tanya you kan?”tanya Hafizah. Pelik dengan perangai Tengku.

“Masalahnya,sayang, I sendiri tengah belajar ni. Terkontang-kanting. Dia tanya I pulak. Amirul dah habis study. Tanya jela Amirul,”balas Tengku, membela dirinya.

“Erm, takpela. Orang taknak ajar. Nak buat macam mana. I pergi dulu lah,”Julia yang tadinya duduk di hadapan Tengku, bangun untuk beredar.

“Ok, bai. Assalammualaikum,”ucap Tengku kepada Julia dan Julia berlalu pergi daripada situ.

“Kenapa awak buat dia macam tu?”tanya Hafizah pelik.

“Buat apa pulak?”tanya Tengku buat-buat tidak memahami maksud Hafizah.

“Awak jangan nak buat tak tahu pulak. Habis tu, kenapa berlagak mesra dengan saya tadi? Mesti ada apa-apakan,”duga Hafizah.

“Taklah. Saya memang nak bermesra dengan awak. Tak berlagak pun,”balas Tengku, bergurau.

“Orang tanya elok-elok dia main-main pulak,” Hafizah memerli.

“Kalau saya beritahu pun, awak takkan faham,”balas Tengku sambil memakai semula cermin matanya.

“Awak boleh cerita kalau awak nak cerita. Awak boleh fahamkan saya kalau awak nak,”balas Hafizah sambil membuka bukunya tanpa memperdulikan Tengku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience