BAB 21

Romance Completed 6287

Setelah sebulan lebih, Tengku semakin sukar berhubung dan bertembung dengan Hafizah. Hafizah seakan menjauhinya. Sms yang dihantar selalu tidak dibalas atau perbualan yang pendek membuatkan Tengku sedikit berkecil hati dengan tindakan Hafizah. Panggilan telefon pula langsung tidak dijawab. Pada suatu hari, Hafizah baru sahaja keluar dari bilik salah seorang pensyarah, Tengku yang kebetulan melalui kawasan itu menegurnya.

“Hafizah,”tegur Tengku sambil mengambil langkah disisi Hafizah. Hafizah memandang sekilas ke sisinya dan memberikan senyuman kepada lelaki itu.

“Hai, sihat?”tanya Hafizah bersahaja bagai tiada perasaan serba salah kepada Tengku. Tengku hanya mengangguk.

“Awak busy?”tanya Tengku mengalih tajuk.

“Agaklah. Kenapa?”tanya Hafizah.

“Pergi mana lepas ni?”tanya Tengku lagi tanpa menjawab soalan Hafizah.

“Library,”balas Hafizah.

“Buat apa? Cari bahan rujukan ke?”tanya Tengku lagi.

“Taklah. Ada group discussion,”balas Hafizah tanpa banyak pertanyaan.

“Oh! OK,”balas Tengku pendek.

“Kenapa? Awak nak ke mana pulak?”tanya Hafizah mengelakkan kejanggalan.

“Takde apa. Saja tanya. Saya pun nak ke libarary. Cari bahan sikit,”beritahu Tengku.

“Erm, awak free hujung minggu ni?”tanya Tengku tiba-tiba.

“Kenapa?”tanya Hafizah pelik.

“Keluarga saya jemput awak makan malam dekat rumah saya,”beritahu Tengku.

“Oh! Erm, saya tak pasti. Esok saya beritahu awak boleh?”Hafizah meminta masa.

“OK. Awak beritahu esok. Jangan lupa pula,”Tengku mengingatkan. Hafizah mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience