BAB 2

Romance Completed 6287

DUA minggu kemudian, Fiza mendaftarkan diri di UiTM, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang dibawa oleh keluarganya sendiri.

Setelah seminggu orentasi untuk pelajar-pelajar baru berakhir, Fiza hanya merehatkan diri di asrama tanpa ke mana-mana seperti sesetengah pelajar yang berjalan keluar atau pulang ke rumah buat seketika.

Pada minggu berikutnya, kelas dimulakan. Fiza begitu teruja menghadiri kelas setelah lima bulan berehat dari belajar sejak dia berjaya menamatkan pelajaran di peringkat matrikulasi di Johor.

Beberapa minggu kemudian, ketika Fiza di perpustakaan mencari bahan untuk tugasannya, kedengaran suara berbisik memanggil namanya dari sisi. Disebabkan dia tidak mengenali suara itu, dia menoleh ke kirinya sekejap di mana suara itu datang.

“Hafizah?”tanya lelaki disisinya yang memanggil dirinya. Otak gadis memproses wajah yang baru sahaja dia pandang. Dia menoleh sekali lagi.

“Nur Hafizah Fadzli, kan?”tanya lelaki itu lagi dengan meneka nama panjangnya.

Sepantas kilat, Fiza bertindak menjauhi lelaki yang semakin merapatinya.

‘Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa dia study dekat sini?’ getus hati Hafizah sambil laju kakinya melangkah ke meja dimana peralatan dan bukunya diletakkan. Lelaki yang dia kenal dalam masa lima tahun di alam maya, kini berada di hadapannya. Bertapa berdebarnya hati melihat wajah itu. Lelaki tadi mendekatinya, mata mereka bertentang. Hafizah mengalihkan pandangannya lalu mengemas barang-barangnya tetapi lelaki itu menahannya.

“Nanti!”pinta lelaki itu sambil mengambil bekas alat tulis milik Hafizah. Hafizah memandang lelaki itu semula dengan pandangan kosong. Dia benar-benar hilang kata-kata sekarang.

“Awak tak jawab soalan saya lagi, betul kan awak Hafizah?”tanya lelaki itu lagi. Perlahan-lahan Hafizah mengangguk.

“Awak… Tengku?”tanya Hafizah walaupun dia memang sudah begitu pasti identiti lelaki dihadapannya. Lelaki itu mengukir senyuman lalu mengangguk.

“Kenapa lari?”tanya lelaki yang dipanggil ‘Tengku’ itu. Tengku mengambil tempat di sebelah Hafizah setelah menyuruh gadis itu untuk duduk.

“Terkejut,”luah Hafizah sambil tersenyum paksa.

“Tak beritahu saya pun, awak dapat universiti ni jugak,”nada Tengku seakan tidak puas hati kerana Hafizah tidak memberitahu kehadirannya di situ.

“Perlu ke?”tanya Hafizah dengan dahi yang berkerut.

“Takde la. At least, beritahu la. Selama ni, awak beritahu je kalau ada apa-apa hal,”Tengku menyangkal pertanyaan Hafizah.

“Kalau ada hal, ini takde hal. So, takde la saya beritahu,”jawab Hafizah sambil tersenyum dengan niat bergurau.

“Eh! Bergurau pulak dia,”balas Tengku sambil memandang tepat ke arah hafizah.

“Takdela. Sebenarnya tak sempat. Lagipun, saya sendiri lupa yang awak ada dekat sini. Excited sangat nak datang Pulau Pinang ni,”balas Hafizah sambil tersenyum memandang lelaki itu sekilas.

“Habis, tadi kenapa lambat sangat proses maklumat?”tanya Tengku masih tidak berpuas hati lagi.

“Biasalah, orang tengah concentrate mencari buku. Tiba-tiba awak datang, itu yang loading.

Terkejut, sambil-sambil tu saya fikir jugak dekat mana saya kenal awak,”balas Hafizah selamba.

“Tapi, macam mana awak boleh perasan saya?”tanya Hafizah ingin tahu.

“Hmm? Entah. Saya pun taktau. Kita kan tak pernah jumpa. This is our first meeting, right?” Tengku memberikan soalan semula kepada Hafizah.

“Yela. Tapi, macam mana awak tahu tadi itu adalah saya?”tanya Hafizah tidak puas hati dengan keterangan lelaki itu.

“Saya pernah nampak awak sebelum ni di cafeteria tapi saya tak pasti lagi itu awak. Then, I found your file at the university’s park and let a girl to gave it to you. Tadi pula, saya ‘usha’ dulu samada itu awak atau tak. Baru saya tegur bila saya conferm itu adalah awak,”beritahu Tengku mengenai keadaan sebenar.

“Kenapa tak text saya je, pak cik? Kan senang?”tanya Hafizah sambil memanggil lelaki itu menggunakan panggilan yang selalu mereka berdua gunakan selama berhubung sebelum ini.

“Haha, pak cik sendiri lupa nak text mak cik,” balas Tengku sambil menahan ketawa.

“Mak cik seorang je?”tanya Tengku sambil memandang sekeliling perpustakaan. Hafizah hanya mengangguk.

“Pak cik? Mana kawan-kawan pakcik?”tanya Hafizah pula.

“Ada dekat cafe. Tadi kami baru habis kelas, saya terus ke sini. Awak takde kelas ke?”tanya Tengku lagi.

“Ada. Pukul 10 nanti,”balas Hafizah.

“Oh! Awak jurusan apa?”tanya Tengku sambil memandang gadis yang sedang sibuk mencari maklumat di dalam buku yang telah dia pinjam.

“Pengajian Am,”balas Hafizah selamba.

“Main-main dengan saya lagi kan,”teka Tengku setelah melihat reaksi muka gadis itu. Hafizah tersenyum kerana lelaki itu berjaya meneka.

“Ok. Saya jurusan Sains Komputer,”balas Hafizah dengan serius.

“Sihat?”tanya Hafizah kepada Tengku. Tengku hanya mengangguk dan Hafizah memahami dengan anggukan itu. Dia menyambung menulis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience