BAB 23

Romance Completed 6287

Sebulan lebih kemudian, Tengku Ariff memasuki ke cafeteria dan terlihat kelibat Hafizah dari jauh. Dia cuba mendekati tetapi tiba-tiba kekosongan di meja itu diisi oleh Johan. Lelaki yang dibenci dan tak digemari oleh Hafizah dari awal lagi.

‘Dia dengan Johan ke?’ getus hatinya bertanya. Tengku Ariff memerhati dari jauh dan memilih tempat yang memudahkannya untuk melihat mereka berdua. Tak lama kemudian, Hafizah bangun dari duduknya, berpaling menuju ke meja Tengku Ariff dan tiba-tiba gadis itu berhenti dihadapannya. Tercengang Tengku Ariff melihat gadis itu kerana terkejut.

“Jom! Ikut saya,” pinta Hafizah lalu menarik tangan lelaki itu keluar dari kafeteria. Hafizah masih memegang tangannya dan mereka berjalan beriringan. Hati Tengku Ariff penuh dengan tanda tanya. Tiba-tiba mereka ditegur oleh Amirul,

“Eh! Hafizah, Ariff nak kemana?”tanya lelaki itu. Tengku Ariff hanya mampu tersenyum tawar dan Hafizah berjalan tanpa menjawab meninggalkan Amirul. Akhirnya, mereka tiba di satu taman yang selalu Hafizah dan Tengku Ariff duduk belajar bersama.

“Kenapa ni, Fizah?”tanya Tengku Ariff keliru dengan kelakuan gadis itu.

“Takda apa. Saja,” lagak Hafizah lalu duduk di sebelah Tengku Ariff dan membuka bukunya. Tengku Ariff memandangnya.

“Awak OK tak ni? Risau saya tengok awak,” tanya Tengku Ariff yang masih tertanya-tanya.

“Kalau saya jawab tak OK? Awak nak buat apa?”tanya Hafizah.

“Awak cerita lah pada saya. Saya boleh dengar,” Tengku Ariff memandang Hafizah. Hafizah menarik nafas dalam.

“Saya sendiri keliru dengan diri saya, Tengku. Saya taknak harapkan awak tapi saya takde sesiapa yang saya boleh percayakan macam saya percaya pada awak,”luah Hafizah sambil matanya masih memandang ke hadapan. Tidak berpaling, memandang Tengku Ariff.

“Saya dah takde ayah. Ibu pun baru je takde. Tapi ade orang yang nak ambil kesempatan atas dugaan saya. Saudara mara sendiri pun saya susah nak percaya sekarang. Kenapa orang begitu mengejar harta dan mengetepikan tali persaudaraan, awak?” tanya Hafizah lalu memandang Tengku Ariff meminta jawapan dengan mata yang penuh dengan linangan air mata.

“Tak semua orang begitu Fizah, masih ada yang mengasihi awak. Itu hanya dugaan Allah, Fizah. Dia ingin lihat sejauh mana awak bergantung tali padaNya. Awak jangan cepat putus asa. Ini baru permulaan. Kalau awak dah mengaku kalah dari awal, macam mana awak nak teruskan langkah awak?”Terang Ariff. Cuba meniupkan semangat dalam diri gadis itu.

“Macam mana awak boleh kata ini permulaan? Saya dah penat berlari. Kenapa lambat sangat sampai ke penghujungnya?” balas Hafizah.

“Awak berlari, awak nak lari dari siapa? Awak nak kejar apa? Apa matlamat awak sebenarnya? Apa yang awak cari sebenarnya, Fizah? Penghujung yang macam mana awak nak?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Tengku Ariff. Bagi menyedarkan gadis itu.

“Kenapa awak beri soalan? Saya nak jawapan!” Hafizah menarik-narik lengan baju lelaki itu. Matanya mengalirkan air mata yang telah lama ditahan.

“Awak sendiri kata awak keliru dengan diri awak sendiri tadi. Awak sendiri tertanya dengan diri awak sendiri. Untuk jawapan hanya ada pada awak. Hanya awak tahu apa yang awak nak. Saya tolong awak cari diri awak. Sedarkan awak dengan soalan-soalan itu. Masih tak menjawab soalan ke bagi awak?” tanya Tengku Ariff.

“Saya nak berhenti,” putus Hafizah. Berkerut kening Tengku Ariff mendengar keputusan Hafizah.

“Kenapa?” tanya Tengku Ariff.

“Dah takde sebab untuk saya belajar. Ibu dah takde. Takde siapa yang bagi saya semangat untuk teruskan belajar lagi. Saya penat nak teruskan,”luah Hafizah.

“Awak belajar hanya untuk ibu awak ke? Bukan untuk diri awak? Kalau awak berhenti, awak nak buat apa? Kerja? Kerja apa yang mampu awak buat? Ada ke orang nak terima gadis berusia 21 tahun lepasan SPM berkerja? Matrikulasi awak tak diterima tau,” suara Tengku Ariff sedikit tegas. Hafizah hanya menangis mendengar kata-kata lelaki itu. Dia tahu lelaki itu marah dengannya.

“Kalau awak takde semangat nak belajar, saya boleh bantu beri awak semangat. Kalau awak takde sebab untuk belajar lagi. Takpa. Jadikan saya sebagai sebab untuk awak teruskan belajar, boleh?” tanya Tengku Ariff.

“Tak payah. Awak bukan sesiapa pun untuk mengarah saya begitu,” Hafizah menolak keras.

“Awak boleh tipu saya. Tapi hati dan mata awak tak berjaya tipu saya. Maaf. Saya takkan dengar penipuan awak tu. Hujung minggu ni, saya akan nikahi awak. Saya tekad,”beritahu Tengku Ariff dan tanpa ragu-ragu membuat keputusan. Hafizah hanya memandang lelaki itu, tidak mengerti pandangan lelaki itu melihat dia yang serba tiada.

“Nanti beritahu ahli keluarga, saudara mara awak di Perak. Kalau ada wali lagi bagus, segalanya saya tanggung. Awak buat je apa yang saya suruh. Tentang keluarga saya, awak tak perlu risau. Saya dah lama buat keputusan ni, cuma tunggu awak je,” beritahu Tengku Ariff lagi.

“Any objection?” tanya Tengku Ariff. Hafizah menggelengkan kepala. Segala keputusan telah dibuat. Lelaki itu sendiri menolak penipuannya. Tiada apa lagi alasan yang boleh dia gunakan untuk mengelak.

“Bagus. Nah! Lap air mata tu,” Tengku Ariff menghulurkan sehelai sapu tangan berwarna biru. Hafizah mengambil sapu tangan itu, menyeka air matanya yang hampir kering. Segalanya telah diluahkan, ringan sedikit bebanan dihatinya.

“Ada kelas lepas ni?” tanya Tengku Ariff. Hafizah hanya menggeleng sambil mengukirkan sedikit senyuman untuk lelaki itu.

“Nak pergi mana lepas ni?”tanya Tengku Ariff lagi. Hafizah sekadar mengangkat bahu.

“OK. Jom! Ikut saya, kita pi makan ais kacang,” Tengku Ariff menarik tangan Hafizah supaya mengekorinya.

“Awak takde kelas ke?”tanya Hafizah, Tengku mengeleng sambil berjalan menuju ke kereta di tempat letak kenderaan. Tangan Hafizah masih dipegang kemas bagai lelaki itu takut dia bakal melarikan diri.

“Awak cakap apa masa dengan Johan?”tanya Tengku Ariff tiba-tiba, memecahkan kesunyian di dalam kereta.

“Huh? Cakap?” Hafizah tertanya-tanya.

“Yelah. Sebelum awak tarik saya keluar dari cafeteria tadi,” Tengku Ariff mengingatkan Hafizah kejadian sebelum itu.

“Owh! Mana ada cakap apa-apa. Dia yang sibuk ekori saya. Penat saya halau dia, tak faham-faham. Tanya macam-macam pasal kita. Busybody betul lelaki tu,”cerita Hafizah.

“Dia tanya apa?” tanya Tengku Ariff.

“Kita ni tunangan lagi ke tak.. Bila nak kawin.. Kita bergaduh ke sebab lama tak nampak bersama… apatah lagi dia tanya. Malas nak layan dia,”beritahu Hafizah.

“Hahaha, kalau dah putus tunang mesti dia nak masuk line kan?” Tengku Ariff mengagak.

“HUH! Kalau untuk dia awal-awal lagi dah ade ‘NO ENTRY’ besar-besar,” balas Hafizah. Tengku Ariff tersenyum gembira. Kini dia miliki gadis itu, gadis yang sama dia kenali dulu. Mungkin bebanan perasaan yang disimpan oleh gadis itu terlalu banyak hingga mengubah perangai dan kelakuan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience