BAB 18

Romance Completed 6287

Sesampai di stesen bas, Hafizah dan Tengku berpecah mencari tiket bas menuju ke Perak dengan masa terdekat. Seketika kemudian, mereka bertemu semula setelah habis bertanyakan tiket di kesemua kaunter tiket yang ada,

“Ada?”tanya Hafizah kepada Tengku.

“Ada, tapi dah penuh dan kalau tunggu, lambat lagi,”beritahu Tengku.

“Sama lah, sama ada lambat dan ada yang baru sahaja bertolak. Macam mana saya nak balik ni?”Hafizah mulai merasa buntu

“Biar saya yang hantarkan awak,”Tengku menawarkan dirinya untuk membantu Hafizah.

“Taknak lah saya menyusahkan awak. Nanti kalau ada kelas macam mana?”tanya Hafizah cuba menolak tawaran Tengku.

“Takpe. Lagipun esok cuti, insyaAllah takde kelas. Boleh ke?”tanya Tengku inginkan persetujuan Hafizah.

“Betul? Tak menyusahkan?”Hafizah bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian Tengku menolongnya.

“Betul. Dah la, jom kita pergi cepat,”Tengku berjalan ke arah kereta. Hafizah mempercepatkan langkah mengekori Tengku.

Kira-kira jam 3 petang, Tengku dan Hafizah sampai di hospital di mana ibu Hafizah dirawat. Setelah bertemu doktor yang merawat ibunya, Hafizah mengetahui bahawa kedudukan tulang belakang ibunya sedikit lari daripada kedudukan asal kerana jatuh dari tangga di paras yang tinggi. Kini, ibunya terlantar koma di wad kecemasan hospital itu.

Ketika di dalam wad, Hafizah duduk disisi ibunya sambil diperhatikan oleh Tengku setelah bersama-sama selesai menunaikan solat zohor.

“Tengku, kalau awak nak balik dulu, balik lah. Nanti saya boleh balik sendiri. Terima kasih hantarkan saya,”Hafizah bersuara tanpa mengalihkan pandangannya kepada Tengku.

“Takpe. Saya tunggu awak,”Tengku menolak untuk pulang terlebih dahulu. Hafizah berpaling memandang Tengku, dia mengukirkan senyuman kecil dan Tengku membalas senyuman itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience