BAB 24

Romance Completed 6287

Hujung minggu itu, akhirnya Nur Hafizah Fadzli selamat dinikahi oleh Tengku Ariff Tengku Sulaiman berwalikan bapa saudara Hafizah. Satu-satunya saudara yang masih baik dengannya dan sanggup untuk menghadirkan diri untuknya. Tengku Ariff membuat sedikit majlis untuk menghebahkan pernikahan mereka di rumahnya.

Seusai solat isyak berjemaah, di dalam bilik Tengku Ariff duduk bersandar di kepala katil manakala Hafizah duduk dimeja solek sambil menyisir rambutnya.

“Selepas tiga bulan lebih nanti, lepas abes semester, kita buat majlis besar sikit ea. Kat Perak pun kita buat sekali,” rancang Tengku Ariff.

“Kat Perak tak payah lah. Bukan ada sesiapa nak uruskan nanti,” Hafizah tidak setuju lalu bangun dan duduk di kepala katil disebelah Tengku Ariff.

“Takpa. Kita buat dekat dewan atau hotel je. Semua tu biar wedding planner buatkan. Lagipun kawan-kawan sayang pun kena tahu jugak. Terkejut dorang nanti jumpa sayang dah lima orang anak. Ntah bila kawin pun tatau,”usik Tengku Ariff.

“Amboi! Kenapa tak sedozen je?” peril Hafizah sambil menjeling Tengku Ariff.

“Boleh ke? Ingat sayang taknak,” makin galak Tengku Ariff mengusik. Hafizah menampar peha lelaki itu. Makin suka dia mengusik Hafizah sekarang.

“Dah la. Nak tidur. Layan abang punya perangai, sampai pagi esok pun tak abes,” Hafizah berbaring dan membelakangi Tengku Ariff.

“OK, jom!” Tengku Ariff masih mengusik Hafizah. Spontan dia turut berbaring dan memeluk tubuh Hafizah dari belakang gadis itu. Hafizah memejamkan matanya sambil tersenyum dengan kelakuan Tengku Ariff yang baru sahaja dia nampak sejak bergelar isteri kepada lelaki itu.

“Sayang…”panggil Tengku Ariff.

“Ya, abang,” sahut Hafizah menandakan dia masih terjaga dan mendengar.

“Sayang ingat tau, kita bukan kawan lagi. Kita dah jadi suami isteri sekarang. Sayang kena selalu rujuk abang lebih daripada apa yang sayang dah buat semasa kita kawan dulu,” Tengku Ariff menyampaikan pesanan.

“Sayang jangan banyak sangat simpan rahsia dari abang. Beritahu je semuanya pada abang, tentang abang tentang sesiapa sahaja. Abang berhak untuk tahu. Abang taknak dengar dari mulut orang lain dan abang taknak jadi suami yang taktahu apa-apa tentang isteri dia. Jadi, bila lapang selalu la cerita tentang diri sayang pada abang. Abang setia mendengar,” pinta Tengku Ariff lagi. Hafizah tersenyum lalu berpaling memandang Tengku Ariff.

“Baiklah, abang. Sayang ingat yang kita bukan kawan lagi. Kita lebih dari itu,”balas Hafizah lalu memeluk tubuh suaminya.

“Selamat malam, isteriku Nur Hafizah Fadzli,”ucap Tengku Ariff lalu mengucup dahi isterinya.

“Selamat malam, suamiku Tengku Ariff Tengku Sulaiman. Assalammualaikum,” Hafizah melelapkan matanya.

“Waalaikummusalam sahabatku, kekasihku dan isteriku,” jawabnya lalu memeluk erat isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience