BAB 8

Romance Completed 6287

Beberapa minggu kemudian, Hafizah keluar dari Fakulti Sains, seseorang memanggilnya dari belakang. Hafizah menoleh lalu mengukir senyuman yang cuba diikhlaskan. Lelaki yang memanggilnya tadi datang mendekati.

“Johan, kenapa?”tanya Hafizah.

“Ni, you tertinggal buku nota you di bilik Encik Hanif,”Johan menghulur sebuah buku yang bersaiz sederhana kepada Hafizah. Hafizah menyambut buku itu.

“Ya Allah, saya terlupa. Terima kasih, awak ambilkan untuk saya,”ucap Hafizah.

“Takpe. Kebetulan saya ada di sana,” balas Johan sambil tersenyum.

“Tapi, bukan terima kasih je tau. Awak kena belanja saya minum,”sambung Johan.

“Wah! Demand ea. Okla. Tapi lain kali boleh? Saya memang tak bawak satu sen pun sekarang,”pinta Hafizah.

“Ok, Saya pegang janji awak,” balas Johan sambil tersenyum.

“Awak nak ke mana ni? Balik?”tanya Johan, serentak itu telefon bimbit Hafizah berbunyi.

“Assalammualaikum, sayang,”Hafizah menjawab panggilan itu.

“Waalaikummussalam. Hang ni kenapa?”tanya Tengku yang merupakan pemanggil telefon Hafizah.

“Ayang ada dekat depan Fakulti Sains ni. Sayang dekat mana?”sengaja Hafizah melunak suaranya dihadapan Johan.

“Ok. Saya datang sana. Tunggu saya dekat sana,”balas Tengku sambil tersenyum. Memahami situasi dan maksud Hafizah.

“Cepat tau. Ayang lapar ni,”balas Hafizah sambil menamatkan panggilan telefon.

“Siapa tu? Mesra je,”tanya Johan ingin tahu.

“Tunang saya,”balas Hafizah spontan dengan senyuman gembira.

“Owh, awak dah bertunang? Tak nampak macam bertunang pun,”tanya Johan inginkan kepastian.

“Aah. Kenapa? Nak kena tunjuk ke yang kami dah bertunang?”tanya Hafizah.

“Takde la sampai macam tu. Mungkin cincin,”balas Johan.

“Owh, kami tak beli cincin pun. Kami pakai jam tangan,”balas Hafizah sambil menunjukkan jam tangan miliknya. Secara kebetulan, jam tangan milik Hafizah dan Tengku adalah jenama yang sama dan jenis yang sama membuatkan idea itu datang.

“Assalammualaikum, sayang,”ucap Tengku sambil mendekati Hafizah yang sedang berbual dengan Johan.

“Waalaikummussalam. Macam mana exam tadi?”tanya Hafizah spontan.

“Erm, alhamdulillah. Jom!”ajak Tengku.

“Jom? Pergi mana?”tanya Hafizah, bingung.

“Eh! Tadi dia juga kata lapar. Sayang belanja ayang makan nasi kandar,”Tengku mengingatkan Hafizah.

“Yeke? Hehe. Lupa. Rasa kenyang pulak tengok muka sayang,”Hafizah bergurau.

“Nakal ea. Dah. Jom! Kalau ayang dah kenyang, temankan sayang. Sayang lapar ni,”balas Tengku sambil mencuit hujung hidung Hafizah. Hafizah tersenyum.

‘Amboi. Melebih pulak lakonan mamat ni’ getus hati Hafizah.

“Kami pergi dulu, Johan. Assalammualaikum,”ucap Hafizah lalu memaut lengan Tengku dan berlalu pergi daripada situ menuju ke tempat letak kenderaan.

“Awak, dia ikut kita la,”beritahu Hafizah kepada Tengku yang perasan akan kelibat Johan.

“Siapa dia?”tanya Tengku.

“Coursemate. Tadi dia ada ambilkan buku nota saya yang tertinggal dalam bilik lecturer, tu sebab boleh terserempak dengan dia,”beritahu Hafizah.

“Then? Apa masalahnya?”tanya Tengku.

“Dia kata, ‘bukan terima kasih je tau. Awak kena belanja saya minum’,”Hafizah mengajuk Johan.

“Awak taknak belanja dia la maksudnya? Kenapa?”tanya Tengku.

“Takde pun saya cakap taknak. Tapi takde la berdua dengan dia. Saya tak selesa la dengan dia. nanti awak temankan saya, boleh?”pinta Hafizah.

“Kalau saya jawab tak boleh?”Tengku menduga Hafizah.

“Tak nak kawan!”Hafizah berhenti berjalan dan melepaskan pautannya di lengan Tengku.

“Alolo, merajuk pulak. I’m sorry, ok. Yela, sayang ikut je demi ayang,”balas Tengku sambil tersenyum.

“Nakal tau!”Hafizah menyubit pinggang lelaki itu dan dia memaut semula lengan lelaki itu. Sesampai sahaja di tempat letak kenderaan, Tengku membukakan pintu kereta untuk Hafizah terlebih dahulu sebelum dia ke tempat pemandu. Lalu kereta itu meluncur pergi dari tempat letak kenderaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience