BAB 3

Romance Completed 6287

Beberapa minggu kemudian, ketika Hafizah berjalan berseorangan masuk ke universiti daripada asrama, tiba-tiba sebuah motorsikal berhenti disebelah dia. Hafizah turut berhenti berjalan. Penunggang motorsikal itu mengangkat cermin helmet dibahagian hadapannya.

“Awak,”tegur Hafizah.

“Assalammualaikum,”Tengku memberi salam sambil tersenyum.

“Waalaikummussalam,”jawab Hafizah.

“Awalnya, Nak pergi mana? Library?”tanya Tengku.

“Aah, hari ni kelas batal,”beritahu Hafizah.

“Baguslah. Jom! Kita breakfast sama-sama,”pelawa Tengku.

“Awak takde kelas ke?”tanya Hafizah.

“Tak, saya datang ni sebab nak hantar tugasan je,”jawab Tengku.

“O, tapi.. saya tak bawak duit,”ujar Hafizah.

“Takpe. Hari ni saya belanja awak, nak?”tanya Tengku sedikit beria.

“Betul ke ni?”Hafizah ragu-ragu.

“Betul. Saya belanja awak,”Tengku mempelawa seikhlas hati.

“Ok. Awak pergilah hantar tugasan dulu. Saya tunggu awak di cafeteria,”pinta Hafizah agar Tengku beredar terlebih dahulu.

“Awak nak berjalan kaki ke?”tanya Tengku inginkan kepastian.

“Yela. Lagipun, hari-hari saya macam ni,”Hafizah memberitahu.

“Eh! Macam lambat je. Jom la. Naik dengan saya,”Tengku mempelawa Hafizah untuk menunggang motorsikal bersamanya.

“Takpe la. Kan awak nak hantar tugasan,” Hafizah menolak.

“Tapi jauh lagi awak nak jalan ni,”tegur Tengku.

“Alah, takpe la. Awak pergi je,”Hafizah menolak lagi.

“Naik je. Bukannya apa-apa pun,”Tengku berusaha mengajak Hafizah untuk menunggang motorsikal bersamanya.

“Nanti orang nampak la, awak,”Hafizah memberi alasan.

“Memang la. Dorang ada mata, kalau orang buta pun akan pandang kita sebab dia dengar bunyi motor ni,”Tengku menyangkal alasan Hafizah. Akhirnya, Hafizah bersetuju menunggang motosikal bersama lelaki itu. Sesampai sahaja di tempat letak kenderaan di universiti, Hafizah terus turun dari motorsikal itu.

“Saya tunggu awak di cafe, pergi dulu,”beritahu Hafizah lalu berjalan pergi meninggalkan Tengku tanpa menanti respon daripada Tengku terlebih dahulu. Lambat-lambat Tengku mengangguk sambil memerhatikan Hafizah yang semakin jauh melangkah pergi darinya menuju ke cafeteria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience