BAB 10

Romance Completed 6287

Seminggu kemudian, Tengku telah pun bermula dengan cuti penggalnya manakala Hafizah bersedia untuk menyiapkan tugasan-tugasan terakhir untuk semester itu. Pada suatu hari, Hafizah keluar daripada bilik pensyarahnya kerana baru sahaja menghantar tugasan dia terserempak dengan Johan.

“Hai, Hafizah,” tegur Johan dari belakangnya.

“Oh! Hai, Johan,”balas Hafizah.

“Nak pergi mana lepas ni? Jom minum,” ajak Johan.

“Cafe. Erm, boleh jugak. Saya kan nak belanja awak minum,” balas Hafizah dengan muka yang sengaja dimaniskan.

Mereka berdua menuju ke cafeteria dan duduk di salah sebuah meja meletak beg dan buku-buku mereka sebelum ke kaunter untuk memesan air. Kemudian, mereka duduk semula di meja itu.

“Awak masih dengan tunang awak?”tanya Johan ingin tahu. Hafizah mengangguk sambil tersenyum.

‘Aku dah agak, mamat ni mesti nak korek rahsia,’getus hati Hafizah.

“Dia budak diploma kan?”tanya Johan lagi.

“Yup, chemical engineering. Part 4,”balas Hafizah.

“Lambat jugak dia habis study kan? Sedangkan dia tua setahun dari kita,”duga Johan.

“Aah, sebab dia ambil pra-diploma dulu sebab masa SPM dia tak ambik kimia,”balas Hafizah bersahaja.

“Dah lama ke awak kenal dia?”tanya Johan ingin tahu.

“Dalam 4 hingga 5 tahun juga la, masa saya Form 4 saya kenal dia,”jawab Hafizah.

“Oh! Lama juga. Kenal dekat mana?”tanya Johan.

“Yahoo! Messanger,”balas Hafizah selamba.

“Oh! Bila awak bertunang dengan dia?”tanya Johan lagi.

“Baru je lagi. Sebulan sebelum awak tahu yang saya dengan dia dah bertunang,”Hafizah memulakan penipuannya.

“Oh! Dia pun orang Perak ke?”tanya Johan.

“Tak la, Dia orang sini. Nanti dia datang la, melawat saya,”beritahu Hafizah sambil tersenyum, mempamerkan wajah gembira.

“Berminat jugak awak tentang dia dan saya, kan?”tanya Hafizah pula. Johan tersenyum.

“Saja, saya nak tahu. Sebab saya tengok kadang-kadang awak dengan dia macam bukan tunangan je,”jawab Johan.

“Ye? Habis tu kalau tunangan nak macam mana pulak? Bagi saya, saya dengan dia bukannya suami isteri nak lebih-lebih sangat,”Hafizah meluahkan pendapatnya.

“Entah. Tapi instinct saya merasakan yang awak dengan dia bukannya betul-betul pasangan bercinta. Kalau ya, mesti saya akan berasa cemburu dengan dia. Tapi, perasaan ragu-ragu je banyak bila lihat awak dengan dia,”jelas Johan.

“Kenapa awak nak rasa cemburu pula?”tanya Hafizah kurang mengerti.

“Sebab saya suka awak,”jujur Johan meluahkan perasaannya.

“Hah?!”Hafizah terkejut. Tiba-tiba seseorang menarik kerusi di sebelahnya.

“Assalammualaikum,” Tengku Ariff memberi salam sambil tersenyum memandang Hafizah dan Johan.

“Dah lama tunggu?”tanya Tengku. Hafizah sekadar menggelengkan kepalanya.

“Are you OK, sayang?”tanya Tengku kepada Hafizah, reaksi muka Hafizah benar-benar kelihatan lain.

“Okla, saya pergi dulu, Hafizah. InsyaAllah, nanti kita jumpa lagi,”Johan bangun lalu mengundurkan diri meninggalkan Hafizah dan Tengku.

“Awak OK tak ni, Hafizah?”tanya Tengku sambil memandang tepat ke wajah gadis itu. Hafizah menggelengkan kepala.

“Kenapa? Apa yang dah jadi?”tanya Tengku lagi.

“Johan cakap, dia suka saya,”beritahu Hafizah.

“Awak cakap apa?”tanya Tengku.

“Takde apa. Saya cuma terkejut je, then awak datang,”beritahu Hafizah.

“Awak suka dia?”tanya Tengku tiba-tiba. Hafizah memandang Tengku dengan dahi berkerut.

“Takla. Saya tak suka dia la,”balas Hafizah sambil menghirup minumannya.

“Betul?”tanya Tengku inginkan kepastian.

“Betul,”balas Hafizah.

“Pandang saya, dan beritahu yang awak tak suka dia,”pinta Tengku. Hafizah berpaling, memadang tepat ke anak mata Tengku.

“Saya tak suka dia dan takkan sekali-kali untuk suka dia,”beritahu Hafizah dengan jelas.

“Saya?”tanya Tengku.

“Awak? Kenapa dengan awak?”tanya Hafizah semula tidak memahami maksud Tengku.

“Awak suka saya tak?”tanya tengku dengan ayat penuh.

“Suka yang awak maksudkan lebih dari seorang kawan kan?”tanya Hafizah inginkan kepastian. Tengku mengangguk.

“Saya suka kawan dengan awak tapi tak lebih daripada itu,”balas Hafizah jujur. Tengku mengangguk.

“Takpe, itu sudah cukup bagi saya” balas Tengku sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience