BAB 4

Romance Completed 6287

Seketika kemudian, Tengku ke cafeteria setelah menghantar tugasannya. Tengku mendekati meja yang berada di tengah-tengah cafe. Kelihatan Hafizah sedang khusyuk membaca sebuah novel. Ketika Tengku menarik kerusi di hadapan Hafizah barulah gadis itu mendongakkan kepala, memandangnya.

“Dah hantar?”tanya Hafizah sambil menutup novel yang dibacanya. Tengku mengangguk, meletakkan begnya di kerusi di sebelahnya yang kosong dan bangun semula bergerak ke arah kaunter tetapi dia berhenti di pertengahan jalan kerana Hafizah masih duduk. Perlahan-lahan Hafizah bangun mengekori Tengku ke ruangan makananan. Hafizah hanya mengambil beberapa keping roti sandwitch bersama sekotak air tea bunga. Manakala, Tengku mengambil sepinggan nasi lemak bersama teh’o limau panas. Mereka kembali semula ke meja.

“Pagi-pagi lagi awak dah makan nasi lemak?”tanya Hafizah sambil membuka plastik putih yang membaluti tiga rangkap sanwitch.

“Bukannya selalu. Saya dalam sebulan, dua kali je dapat merasa makan nasi lemak ni. Sedap tau,”terang tengju sambil memuji nasi lemak yang dimakannya.

“Yeke? Tapi kenapa dua kali je dia tak buat hari-hari ke?”tanya Hafizah ingin tahu.

“Tak. Dorang buat sekali dalam dua minggu,”beritahu tengku sambil menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya.

“O, kalau macam tu. Nanti lain kali saya nak rasa la,” luah Hafizah sambil tersenyum.

“Awak ke mana lepas ni? Balik ke?”tanya Hafizah.

“Tak, kut. Saya cadang nak pergi library atau jumpe pensyarah. Alang-alang dah datang sini. Awak?”jawab Tengku dan bertanya Hafizah soalan yang sama.

“Dah tujuan saya ke sini nak ke library, mestilah pergi library,” jawab Hafizah.

“Yela. Lupa pulak saya, Ingatkan semata-mata nak jumpa saya tadi,” balas Tengku sambil tersenyum nakal. Hafizah menjeling, dengan kadar pantas Hafizah cuba memijak kaki lelaki itu dari bawah meja tetapi Tengku dapat mengelak.

“Ops! Tak kena la… Hahaha,” ejek Tengku. Hafizah bertambah geram, sekali lagi dia cuba memijak kaki Tengku tetapi kakinya di perangkap oleh kedua-dua kaki Tengku. Hafizah terkejut dengan tindakan Tengku, dengan spontan kaki kirinya yang masih bebas memijak kaki kanan Tengku bagi melepaskan kaki kanannya.

“Auch! ” Tengku mengaduh sakit lalu melepaskan kaki kanan Hafizah.

“Sedap, abang?”sindir Hafizah.

“Sedap,”balas Tengku geram. Setelah menghabiskan sandwitch, Hafizah bangun mengambil beg dan air kotak yang masih bersisa beserta plastik sandwitch.

“Eh! Nak kemana?” tanya Tengku terkejut dengan tindakan Hafizah tiba-tiba.

“Library,”balas Hafizah.

“Eh! Tunggu la saya habis makan dulu,”pinta Tengku.

“Awak ajak saya breakfast sama-sama je. Bukannya suruh tunggu awak habis makan, kan? Dahla, saya pergi dulu,” Hafizah berlalu pergi tanpa menoleh. Tengku hairan. Dengan segera, dia cuba menghabiskan makanan dan air yang dibelinya tadi lalu menjejaki Hafizah di perpustakaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience