BAB 14

Romance Completed 6287

Lewat petang itu, hujan mula turun renyai-renyai. Hafizah baru sahaja pulang dari bertemu pensyarah bertembung dengan Tengku ketika dia keluar dari Fakulti Sains. Mereka berdua tersenyum apabila pandangan mereka bertembung.

“Awak dari mana?”tanya Hafizah sebaik sahaja mereka sudah berada dalam jarak yang dekat.

“Jumpa dengan pensyarah kimia tadi. Hantar assignment. Awak?”tanya Tengku.

“Saya jumpa dengan pensyarah komputer, tanya pasal assignment. Ada yang saya tak berapa faham,”balas Hafizah sambil tersenyum.

“Awak nak balik dah ke?’tanya Tengku.

“Yela, nanti makin lebat pulak hujan,”balas Hafizah.

“Tak bawak payung?”tanya Tengku.

“Tak. Saya tertinggal dekat asrama,”balas Hafizah.

“Saya hantarkan awak balik asrama,”pelawa Tengku.

“Awak bawa kereta ke?”tanya Hafizah.

“Takla. Motor, tapi cepat sikit sampai daripada awak berjalan kaki kan,”Tengku menyangkal.

“Dekat mana motor awak? Jauh tak?”tanya Hafizah.

“Awak tunggu dekat depan sana. Nanti saya datang, ambil awak,”pinta Tengku. Hafizah sekadar mengangguk manakala Tengku berlari dengan pantas ke tempat letak kenderaan.

Sebaik sahaja Hafizah menunggang motorsikal bersama Tengku, hujan mulai kasar dan lebat.

“Pegang kuat-kuat! Saya nak bawa laju sikit,”pinta Tengku. Hafizah hanya mengangguk dan dengan kemas dia memeluk tubuh lelaki itu. Dengan pantas, motorsikal itu meluncur laju menuju ke asrama dimana Hafizah tinggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience