BAB 22

Romance Completed 6287

Hujung minggu itu, setelah Hafizah memberi kata putus bahawa dia bersetuju untuk menerima pelawaan keluarga Tengku makan malam bersama, Tengku menjemput Hafizah di asrama selepas selesai solat Maghrib. Malam itu Hafizah memakai baju kurung berwarna biru dipadankan dengan tudung berwarna hitam manakala Tengku memakai baju melayu berwarna hitam dipadankan dengan seluar slack berwarna putih.

Selesai sahaja makan malam dan solat isyak berjemaah di rumah keluarga Tengku, Tengku menghantar Hafizah pulang ke asrama. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Tengku bersuara,

“Kenapa diam je? Taknak cakap dengan saya dah?”tanya Tengku kerana Hafizah semakin kurang mesra dengannya. Reaksi muka Hafizah pun semakin berubah, sukar untuk dibaca.

“Takde la. Saya tak tahu nak cakap apa,”balas Hafizah merasakan kejanggalan di dalam pertanyaan itu.

“Kenapa saya rasa awak macam menjauhi saya, Hafizah? Awak dah takde ditempat-tempat yang selalu awak ada. Awak taknak saya jumpa awak lagi?”Tengku membuat andaian sendiri.

“Saya menjauhi awak? Yeke? Saya tak rasa pun. Saya dah takde di tempat-tempat tu sebab dah ada orang lain yang duduk dekat situ. Assignment pun makin banyak, saya jadi takde tangan nak buat. Penat yang amat sangat buatkan saya selalu lepak dekat asrama je,”jawab Hafizah.

“Hafizah, tolong la jujur. Saya tau awak sengaja buat-buat sibuk supaya kita tak berjumpa lagi kan?”sekali lagi Tengku membuat andaian negatif.

“Huh? Apa ni Tengku? Saya tak faham maksud awak. Kenapa pulak saya nak jauhi awak,” Hafizah masih berpura-pura tidak faham.

“Hmm. Hafizah, awak ingat saya baru kenal awak sehari dua ke? Kita dah kenal 5 tahun lebih. Jangan awak sembunyikan apa-apa dari saya,”balas Tengku dengan nada sedikit geram.

“OK. OK. Memang. Memang! Saya nak menjauhi awak. Puas hati?!” Hafizah mengaku.

“Tapi, kenapa? Apa salah saya pada awak, Fizah?”tanya Tengku dengan perasaan geram yang masih berbekas di hatinya dengan perangai Hafizah yang tiba-tiba berubah.

“Sebab saya taknak bergantung pada awak. Sebab saya taknak rasa kehilangan awak. Saya takut saya tak boleh hadapi semuannya tanpa awak, faham?”terang Hafizah.

“Kenapa awak fikir macam tu pulak? Saya tak pergi mana-mana pun, saya ada dekat sini. Saya bukannya nak mati lagi. Lainlah awak pandai menilik tarikh kematian saya!”perli Tengku Ariff.

“Tengku Arif! Saya tak pernah terfikir sejauh itu. Saya fikir awak dah takde dekat sini lagi lepas ni. Awak dah takde temankan saya ke cafe, library atau tolong saya buat assignment. Awak dah takde dekat sini. Takde!”

Hafizah hampir menjatuhkan airmatanya, hatinya pedih dengan keputusannya menjauhi Tengku. Tengku membiarkan Hafizah menangis sendirian. Sesampai sahaja dihadapan asrama, Tengku bersuara.

“Siapa kata? Siapa kata saya takde dekat sini nanti? Saya tetap disini sampai awak habis,”jawab Tengku Arif. Berkerut dahi Hafizah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Arif.

“Hah?”Hafizah terkejut.

“Ya. Saya akan sambung ijazah saya disini. Dengan awak. Saya takkan ke mana-mana. Saya tetap ada dengan awak,”terang Tengku Arif dengan senyuman dibibirnya. Tercengang Hafizah mendengar berita itu.

“Sudahla. Malas saya nak layan awak,” Hafizah keluar daripada kereta tetapi Tengku Ariff keluar dari kereta dan menyekat jalannya.

“Nanti dulu, Fizah,”Hafizah memandang tepat ke arah mata Tengku Arif.

“Saya suka awak,”beritahu Tengku Arif sambil memandang tepat ke anak mata gadis itu.

“Jangan awak nak merepek, Tengku. Habis tu selama kita berkawan awak benci pada saya,”Hafizah cuba mengawal getaran di dadanya. Dia cuba menafikan perasaannya yang muncul terhadap Tengku Arif.

“Saya tak main-main, Hafizah. Saya suka awak lebih dari seorang kawan. Saya tahu perasaan ni salah. Saya dah cuba buang. Tapi saya tak mampu. Saya tak dapat mengawalnya. Maafkan saya,”ucap Tengku Arif.

“Kalau macam tu, biar saya bantu awak untuk buang perasaan tu. Jangan dekati saya lagi. Jangan cari saya lagi,” pinta Hafizah lantas meninggalkan Tengku Ariff berseorangan. Terluka hati lelakinya di tinggalkan sebegitu rupa oleh gadis yang disayanginya. Tengku Ariff memasuki ke dalam kereta dan pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience