BAB 12

Romance Completed 6287

Masuk sahaja semester dua di peringkat Ijazah, Hafizah masih memilih untuk tinggal di asrama sebab masing ada kekosongan.

Pada suatu hari, Hafizah sedang duduk berseorangan di taman universiti menyiapkan tugasannya. Tengku yang melalui kawasan itu mendekatinya.

“Assalammualaikum, hai,”tegur Tengku.

“Waalaikummussalam, hai. Sorang?”tanya Hafizah.

“Takla. Dengan kawan saya,”balas Tengku

“Siapa? Julia?”tanya Hafizah menduga Tengku sambil tersenyum.

“Simpang malaikat 44, orang itulah saya nak jauhkan diri. Saya dengan roommate saya, Amirul,”beritahu Tengku.

“Oh! Mana dia? Tak nampak pun,”tanya Hafizah.

“Pergi beli makanan, saya cakap saya tunggu dia dekat sini,”beritahu Tengku.

“Awak? Tak makan?”tanya Hafizah.

“Kenyang, saya dah makan pagi tadi,”balas Tengku. Hafizah mengangguk-angguk. Seorang lelaki datang merapati mereka berdua.

“Hai,”tegur lelaki itu kepada Hafizah sambil tersenyum.

“Hai,”balas Hafizah.

“Fiza, inilah kawan saya, Amirul Hakim,”Tengku memperkenalkan rakannya kepada Hafizah. Hafizah mengangguk sambil tersenyum memandang lelaki yang bernama Amirul Hakim itu.

“Mirul, ini Nur Hafizah,”Tengku memperkenalkan Hafizah kepada Amirul pula. Amirul mengangguk dan membalas senyuman.

“Okla, awak. Kami balik dulu, assalammualaikum,” Tengku dan Amirul berlalu pergi daripada situ meninggalkan Hafizah berseorangan semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience