Hai Nisa, sorry aku lambat. Kata Amira lalu duduk d hadapan rakannya itu. Mereka makan tengah hari di Cafe Bistro yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.
Hai, busy ke dengan handphone sampai aku datang aku tak tengok. Kata Amira dengan suara merajuk.
Eh, sorry beb. Kawan aku ni. Dia nak jumpa aku. Aku cakap aku keluar dengan boyfriend terus dia diam. Terang Nisa lalu ketawa.
Hey, tak boleh tau macam tu. Kata Amira lalu memukul lembut lengan Nisa.
Eh,kenapa pulak? Tanya Nisa.
Kau tak boleh samakan aku dengan boyfriend kau ok. Kata Amira sambil berseloroh. Nisa ketawa melihat gelagat kawan baiknya itu.
Dia sebenarnya mesej Kamal untuk menyatakan bahawa Amira ada bersama dengannya. Kali ini dia nekad akan meneruskan rancangannya itu.
Sedang asyik berbual dengan Nisa, tiba-tiba terasa seseorang berdiri begitu hampir dengannya. Amira terkejut lalu melihat Nisa.
Kamal mencapai lengan Amira yang beralaskan baju tangan panjang meminta agarnya berdiri. Tidak pula Amira menepis. Kamal tersenyum sedikit melihat respon positif kekasihnya itu.
Mana sayang pergi? Kenapa selalu menghilangkan diri? Kenapa buat jiwa lelaki abang ni tersiksa? Soal Kamal bertalu-talu. Dia menggunakan panggilan sayang berharap agar hati kekasihnya itu mudah sejuk.
Amira hendak melarikan diri tetapi langkahnya dihalang oleh tubuh sasanya Kamal. Waktu itu hanya mereka berdua sahaja disitu. Taufiq dan Nisa tidak tahu kemana pergi.
Sayang nak lari lagi. Tak cukup ke buat abang risau selama ni. Jangan tinggalkan abang lagi. Abang perlukan sayang sangat-sangat. Ujar Kamal yang semakin kemas menggenggam lengan Amira. Meminta agar kekasihnya itu tidak pergi lagi.
Ke awak nak saya yang pergi. Kalau itu yang awak nak, saya sedia undur diri. Bukan awak. Saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak. Selalu sakitkan hati awak. Kata Kamal lalu melepaskan genggamannya itu.
Kamal yang baru sahaja membuka langkah terasa lengannya dipaut oleh seseorang. Dia pantas menoleh. Amira sedang memaut lengannya. Dia memandang wajah Amira.
Jangan tinggalkan saya. Saya tak kuat berjauh dari awak lagi. Kata Amira lalu mengalirkan air mata. Dia tewas kerana mengalirkan air mata dihadapan lelaki yang amat dia sayangi. Kamal tersenyum. Dia tahu Amira akan menghalangnya pergi.
Share this novel