Kenapa ni awak. Saya tengok lepas kita keluar dari restoran tadi awak banyak diamkan diri. Time kita makan tadi pun awak diam je. Kata Amira sambil memandang wajah kekasihnya.
Selepas mereka makan tengah hari,mereka pergi ke Pantai Damai. Tempat yang telah banyak menyimpan memori mereka.
Tak ada apalah. Kata Kamal sambil memandang keindahan pantai.
Saya ada buat salah kat awak ke? Kata Amira sambil memandang Kamal.
Taklah. Jawab Kamal sepatah.
Awak selalu tak macam ni tau. Setiap kali saya tanya awak akan jawab panjang lebar. Tapi sekarang bila saya tanya awak jawab sepatah je. Ujar Amira dengan nada sedih.
Saya okay. Awak tak perlu risau. Jawab Kamal sambil memberi senyuman kepada kekasihnya.
Orang yang selalu cakap okay tu la yang sebenarnya tak okay. Ke awak ada masalah dekat kem. Ujar Amira lagi.
Kalau masalah dekat kem tu,pandailah saya handle. Jangan risau kerja saya. Jawab Kamal.
Awak ingat tak kita janji apa dulu? Ujar Amira seraya bertanya.
Janji apa? Jawab Kamal yang kehairanan.
Kita janji takkan ada rahsia antara kita kan. Ujar Amira sambil tersenyum memandang Kamal.
Ya Allah, perlukah aku beritahu dia apa yang berlaku tadi. Ujar Kamal dalam hati.
Mereka kembali memandang keindahan di tepi pantai. Bunyi ombak jelas kedengaran mendamaikan hati.
Share this novel