Kamal,kau berbual dengan siapa tadi aku tengok? Tanya Taufiq lalu mengambil tempat duduk di sebelah rakan baiknya itu.
Takde siapalah. Jawab Kamal sambil memandang handphone.
Baik kau terus terang dengan aku siapa perempuan tu. Amira ke? Kata Taufiq seraya bertanya.
Kau ni kan. Banyak tanya betul lah. Kata Kamal.
Kalau kau tak nak aku banyak tanya baik kau cakap siapa awek tadi. Kata Taufiq lagi.
Tu bukan Amira. Tu Diana. Ex girlfriend aku dulu. Terang Kamal terus memandang handphone.
WHAT.?. Perempuan yang kau selalu cerita kat aku dulu tu? Dia nak apa? Tanya Taufiq ingin mengetahui lebih lanjut. Terkejutnya mendengar khabar dari rakan baiknya itu.
Entahlah. Aku tak tahu kenapa dia muncul balik depan aku. Jawab Kamal memandang lantai.
Amira tau tak hal ni? Tanya Taufiq lagi.
Tak. Aku rasa tak payahlah beritahu dia. Sedih dia nanti. Ujar Kamal seraya memandang rakannya itu.
Suasana di bilik penginapan mereka sedikit sunyi kerana penghuni lain sedang nyenyak tidur.
Kau hati-hati dengan Diana tu. Aku rasa dia ada niat jahat. Jangan kau mudah terpedaya dengan dia lagi. Kata Taufiq memberi nasihat.
Aku takkan mudah terpedaya pujuk rayu dia. Jawab Kamal merenung kembali telefon yang berada di tangannya.
Itu kata kau. Bagi Amira tu pulak macam mana. Tungkas Taufiq. Kamal diam membisu setelah mendengar kata rakannya itu.
Share this novel