Suasana di Pantai Tanjung Kembang kelihatan begitu indah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan lagi badan. Bunyi deruan ombak mendamaikan hati yang sedang bergelodak. Ramai pengunjung datang menikmati keindahan pantai di waktu petang.
Amira sedang berjalan di tepi pantai sambil merenung keindahan alam.
Saya rindu awak, Kamal. Kata Amira perlahan.
Dia menatap gambar yang sentiasa digenggaman tangannya. Gambar pemberian istimewa Kamal yang berpakaian lengkap uniform rasmi putih tentera sambil memegang sebilah pedang. Menangis bila kenangkan hubungan mereka yang keruh selepas kemunculan kembali Diana.
Maafkan saya kerana hilangkan diri. Saya tak berniat nak membelakangi awak. Tapi saya kecewa dengan awak, Kamal. Kecewa sangat. Awak dah janji takkan ada rahsia pun antara kita. Tapi awak mungkir. Awak musnahkan semua tu. Awak sakitkan hati saya dengan kenyataan yang pedih untuk saya terima. Kalau apa yang dikatakan Diana itu betul, saya yang akan undur diri. Kata Amira lalu menangis teresak-esak. Suasana menjadi sunyi seolah mengerti akan perasaan Amira waktu itu.
Share this novel