Terbongkar kelicikan

Romance Series 10079

Maaf, saya terlewat sedikit. Kata Kamal lalu mengambil tempat dihadapan Nisa. Kamal pergi ditemani rakannya, Taufiq.

Takpe. Saya pun baru sampai. Jawab Nisa memaniskan muka. Hatinya tertarik akan jejaka yang duduk disebelah Kamal.

Apa yang awak nak beritahu, Nisa? Tanya Kamal. Taufiq sudahpun meminta diri untuk memberi ruang kepada rakannya itu berbincang.

Amira pergi bersebab. Kata Nisa berbasa-basi.

Maksud awak? Tanya Kamal yang tidak mengerti maksud rakan baik kekasihnya itu.

Amira pergi sebab kecewa. Dia kecewa dengan kenyataan yang dia dengar. Kata Nisa lagi.

Nisa, baik awak cakap straight to the point. Kata Kamal meminta Nisa untuk menerangkan semua yang berlaku.

Baiklah. Amira pergi sebab kecewa. Sehari sebelum dia menghilang, dia beritahu saya yang dia terjumpa dengan Diana. Perempuan tu ugut dia. Nisa mula bercerita. Kamal terkejut besar mendengar cerita itu. Dia yakin Nisa tidak berbohong.

Dia ugut apa? Tanya Kamal ingin tahu.

Kalau aku tak dapat Kamal, kau jangan mimpi dapatkan dia. Kata Nisa berlakon menjadi Diana. Kamal terkejut bukan kepalang.

Semua itu Amira dapat terima. Sebelum ni, Amira Seringkali di peras dengan ugutan tapi dia buat tak endah. Setiap kali dia diugut, setiap kali tu lah dia menangis. Terang Nisa lagi.

Kenapa dia tak beritahu saya? Kenapa dia rahsiakan semua tu? Tanya Kamal bertubi-tubi. Amarahnya semakin memuncak pada Diana.

Dia tak nak ganggu awak dengan masalah dia. Sudah awak ada masalah kerja,dia tak nak tambahkan lagi masalah awak dengan perkara remeh tu. Terang Nisa.

Suasana menjadi sepi seketika.

Kamal, saya nak tanya boleh? Tanya Nisa memecah keheningan. Kamal hanya mengangguk.

Awak pernah "bersama" Diana ke dulu? Tanya Nisa.

Saya tak pernah buat perkara yang buruk dan terkutuk tu. Tak pernah dan tak akan pernah buat. Jawab Kamal dengan nada sedikit tegas. Kecut perut Nisa mendengar suara kamal.

Selepas Diana taburkan pelbagai ugutan, dia cakap dekat Mira yang dia dan awak pernah... Kata Nisa tidak berani meneruskan katanya.

Tahap kesabaran Kamal sudah sampai ke puncaknya. Kamal menggenggam erat tangannya seperti ingin menumbuk. Nisa kecut melihat Kamal yang seperti hilang pertimbangan.

Mal, kau jangan macam ni. Kau banyak bersabar. Kata Taufiq sambil menyejukkan hati Kamal yang sedang membara. Mujur Taufiq sempat datang sebelum berlaku apa-apa.

Aku benci kau, Diana. Kata Kamal menggenggam tangannya.

Sabar Mal. Kau tak boleh macam ni. Banyakkan istirghfar. Pujuk Taufiq lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience