Panggilan Nisa

Romance Series 10079

Kamal, telefon kau bunyi tu. Kata Taufiq yang sedang melipat bajunya.

Tolong angkat untuk aku. Aku ada kerja ni. Jawab Kamal tanpa menoleh kawannya itu. Dia sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh ketuanya.

Siapa kol? Tanya Kamal setelah Taufiq menghabiskan perbualan.

Siapa Nisa? Tanya Taufiq ingin tahu.

Dia kawan Amira. Jawab Kamal sambil memandang kawannya itu.

Nisa cakap dia ada dekat Pantai Tanjung Kembang. Kata Taufiq lalu menghulurkan telefon kepada Kamal.

Nisa cakap macam tu ke? Kamal menanyakan balik inginkan kepastian.

Yelah. Jawab Taufiq yang hairan melihat rakannya itu tersenyum gembira.

Alhamdulillah. Akhirnya aku tahu mana perginya Amira selama ini. Ucap Kamal syukur sambil meraup muka.

So, apa plan kau? Tanya Taufiq lagi.

Esok aku akan pergi sana jumpa dia. Aku nak tanya kenapa dia membawa diri ke sana. Jawab Kamal dengan nada gembira.

Good lucklah bro. Aku sentiasa doakan kau dengan dia. Kata taufiq

Thanks, Fiq. Jawab Kamal tersenyum. Tidak lama kemudian, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej pesanan ringkas baru sahaja diterima. Mesej tersebut adalah daripada Nisa.

"Jangan beritahu Mira yang saya beritahu awak tentang ini. Sebelum tu, saya nak jumpa awas dekat cafeteria esok pukul 2. Ada yang saya nak beritahu awak. Kamal membaca mesej tersebut.

Alhamdulillah. Ucap Kamal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience