SELEPAS 6 BULAN.
Taufik, aku pinjam handphone kau kejap boleh? Tanya Kamal kepada rakan baiknya, Taufik.
Genap 6 bulan sudah mereka berada di Pusat Latihan Tentera di Port Dickson. Kini mereka sudah pun bergelar anggota tentera setelah 6 bulan melalui latihan yang perlu dijalani oleh setiap orang yang ingin masuk tentera.
Nah. Kata Taufik lalu menghulurkan handphone.
Thank you bro. Ucap Kamal lalu pergi ke katilnya.
Ish, mana dia ni..!!! Ujar Kamal sambil terus-terusan mendail nombor handphone Diana kekasihnya.
Kamal cuba untuk mendail lagi nombor kekasihnya tetapi tidak berjaya.
Kau kenapa Kamal? Serabut je aku tengok kau ni. Tegur Taufiq yang berdiri di hadapannya.
Aku try kol girlfriend aku tapi nombor dia tak aktif la. Jawab Kamal.
Oh. Maybe dia ada kerja. Tak pun handphone dia habis bateri kot. Jangan fikir lain lah. Kata taufiq seraya menepuk bahu Kamal.
Yelah kot. Kau balik kampung bila? Jawab Kamal seraya bertanya.
Minggu depan. Aku nak jumpa keluarga. Lama tak jumpa dia orang beb. Jawab Taufiq.
Yelah. Aku pun nak balik minggu depan. Nak jumpa family aku. Nak spend time masa dengan dia orang. Aku nak jumpa juga dengan girlfriend aku. Nak tau mana dia menghilang. Ujar Kamal sambil memandang handphone.
Good lucklah bro. Ujar Taufiq sebelum beredar meninggalkan Kamal.
Syg,mana syg pergi? Syg tak lupa abg kan? Ujar Kamal dalam hati. Timbul kerisauan di hatinya.
Share this novel