Pengakhiran yang???

Romance Series 10079

Saya malu dengan awak. Malu sangat. Saya tuduh awak macam-macam. Saya mudah percaya cakap dia tanpa usul periksa. Kata Amira menundukkan muka. Tidak mahu dia bertentang mata dengan insan yang dia lukai.

Kamal mencari mata milik insan yang amat dia rindui.

Awak tak salah dalam hal ini. Saya yang silap rahsiakan semua ini. Bagi saya semua tu dah lepas. Tak perlu dikenangkan lagi. Ujar Kamal seraya memujuk.

Saya sedih sangat dengar tuduhan yang Diana beritahu pasal awak dah "bersama" dia. Hati saya hancur sangat dengar semua tu. Saya tak kuat terima hakikatnya. Sebab tu saya bawa diri pergi jauh. Saya kecewa sangat waktu tu. Saya... Belum sempat Amira meneruskan katanya, terasa jari Kamal hampir menyentuh bibir mungilnya.

Jangan teruskan lagi. Saya tak nak dengar semua tu. Semakin awak cerita, semakin tu saya rasa bersalah dah sakitkan hati awak. Saya tak nak awak sedih lagi. Janji jangan cerita lagi sayang. Kata Kamal. Amira mengangkat kepala. Dia terkejut melihat Kamal turut sama mengalirkan air mata mengenangkan apa yang berlaku kepada mereka.

Janji dengan saya yang awak tak tinggalkan saya lagi walau apa jua dugaan mendatang. Kata Kamal sambil memandang Amira dengan mata yang berkaca. Amira mengangguk mengiakan sambil memberi senyuman.

Sayang, dengar saya cakap. Banyak manapun bunga di taman, saya tetap akan nakkan bunga yang ada di hati saya ni. Banyak manapun perempuan datang pada saya, hati saya tetap nakkan insan yang bernama Nur Amira yang saya sayangi. Itu janji saya. Kata Kamal merenung dalam wajah kekasih yang amat dia cintai. Amira menangis teresak-esak mendengar pengakuan Kamal.

Saya tak nak orang lain. Saya nak awak sorang je. Saya nak Kapten yang dah berjaya menembak masuk ke hati saya sehingga saya sukar untuk melupakan dia. I just want you my Mr. Army. Kata Amira pula membuat pengakuan.

Love You Dear Amira. Ucap Kamal begitu syahdu.

Love You Mr. Army. Jawab Amira sambil memberi senyuman yang cukup manis kepada Kamal.

Bahagia sungguh dirasakan waktu itu. Pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi membuatkan mereka lebih tabah. Kalau dah tertulis itu jodoh, jauh macam manapun berada, mengelakkan macam manapun kita, akan ketemu jua akhirnya.

Alhamdulillah. Ucap Kamal dengan rasa syukur.

Dikejauhan pula, kelihatan Taufiq dan Nisa tersenyum riang melihat hubungan rakan baiknya itu pulih semula. Mereka pula dalam diam telah menjalinkan hubungan mesra tanpa pengetahuan sesiapa.

Shhh!!!...??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience