Suasana pagi di Pantai Tanjung Kembang begitu sejuk setelah semalaman dibasahi hujan. Amira mengenakan blouse berwarna biru laut dengan seluar slack berwarna krim. Sungguh cantik apabila dipadankan lagi dengan tudung berwarna putih.
Amira berjalan di persisir pantai selepas bersarapan pagi di cafe. Sedang asyik menikmati kecantikan suasana pagi di pantai itu, dia terlihat seekor tapak Sulaiman berada begitu hampir dengannya. Dia ingin mengambil tetapi terlihat tangan seseorang ingin juga mengambil mematikan tindakannya itu. Akhirnya, tapak Sulaiman itu berada di tangan orang itu.
Awak. Hanya kata itu yang keluar dari mulut amira setelah melihat insan yang dia sayang di depan mata.
Kamal menghulurkan tapak Sulaiman itu kepada Amira. Amira mengambil lalu meninggalkan Kamal.
Kenapa awak tinggalkan saya, sayang? Awak dah tak sayang saya lagi ke? Tanya Kamal bertubi-tubi. Amira menyembunyikan tangisnya.
Puas saya cari awak. Saya buntu ke mana lagi nak cari awak. Kata Kamal lagi.
Macam mana awak tahu saya ada di sini? Tanya Amira masih membelakangi kekasihnya.
Hati saya kuat untuk membawa saya ke sini. Hati saya kuat mengatakan awak ada di sini. Kata Kamal lalu berjalan ke hadapan Amira.
Tidak sanggup melihat kekasihnya itu berendam air mata. Dia mengesat air mata Amira dengan menggunakan sapu tangan miliknya. Ingin sekali memeluk namun batas melarang semuanya.
"Sayang". Kamal terkejut apabila terasa badannya dipeluk oleh seseorang dari belakang. Amira terkejut melihat apa yang berlaku.
Lepaskan akulah. Kamal cuba meronta apabila Diana semakin erat memeluknya. Kamal sempat melihat Amira yang sudah menangis teresak-esak.
APA SEMUA NI!!. Apa kau orang dah buat ni? Amira tidak dapat membendung perasaannya lagi. Sedih, marah, sakit hati semua bercampur menjadi satu.
Awak, jangan salah faham. Ini semua rancangan dia. Kata Kamal sedaya upaya memujuk kekasihnya supaya tidak mudah percaya dengan apa yang dilihat.
JANGAN SALAH FAHAM!!. KAU SENGAJA DATANG SINI UNTUK SAKITKAN HATI AKU KAN. KAU PURA2 CARI AKU, KAU CAKAP RINDU AKU, TAPI KAU SEBENARNYA NAK SAKITKAN HATI AKU DENGAN RANCANGAN KORANG NI. TAK CUKUP LAGI KE KAU SAKITKAN PERASAAN AKU NI. Amira tidak dapat membendung lagi perasaan hancurnya.
Itu tak seperti apa yang awak fikirkan. Kata Kamal lagi. Tidak sanggup dia melihat Amira menangis. Dia terkejut mendengar panggilan yang baru Amira gunakan. KAU AKU.
SELAMA NI SAYA PENDAM JE SEMUA NI. SAYA INGAT INI HANYA MAINAN DIANA. AWAK TAK PERNAH NAK BERSIKAP JUJUR PADA SAYA. AWAK JUMPA DIA TANPA PENGETAHUAN SAYA. AWAK SIMPAN RAHSIA BESAR AWAK DENGAN DIA. SAYA PENDAM SEMUA TU SEBAB SAYA NAK TENGOK SEJAUH MANA KEJUJURAN AWAK PADA SAYA KAMAL. SAYA TAHU AWAK JUMPA DENGAN DIANA TAPI AWAK CAKAP AWAK JUMPA DENGAN KAWAN SAMA KEM. MANA KEJUJURAN AWAK SELAMA NI!!...Kata Amira yang semakin lebat mengalirkan air mata tidak mempedulikan mata yang memandang mereka. Diana sudah tersenyum gembira kerana impiannya untuk memilik Kamal nampak cerah.
Kamal cuba mendekati Amira namun Amira semakin menjauhkan diri. Jangan macam ni sayang. Semua ni salah faham. Tolonglah percaya saya. Rayu Kamal.
JANGAN PANGGIL AKU SAYANG KALAU KAU DAH MENGANDUNGKAN DIANA. Kata Amira memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Kamal. Terasa seperti panahan kilat mengena hati Kamal menyebabkan dia seperti terawang-awang.
Diana, apa kau cuba hasut Mira ni? Tanya Kamal yang sudah menggenggam tangan ingin menumbuk. Terasa seperti kecil Diana dihadapannya.
SEKARANG AWAK PILIH KAMAL. SAYA ATAU DIANA YANG DAH MENGANDUNGKAN ANAK AWAK. SAYA TERIMA SEMUANYA DAN SAYA SEDIA UNDUR DIRI. Kata Amira yang masih menangis tanpa henti.
TAK MIRA. BUKAN MACAM TU. JANGAN SALAH PAHAM. APA KAU DAH HASUT DIA NI DIANA!!. Tengking Kamal. Amira dan Diana terkejut mendengar tengkingan Kamal. Sepanjang Amira bersama Kamal, inilah kali pertama Kamal meninggikan suara sebegitu. Diana ketakutan melihat Kamal begitu.
KAU SENGAJA BUAT SEMUA NI SEBAB KAU NAK HANCURKAN HUBUNGAN AKU DENGAN DIA KAN. KAU SEDAR DIRI KAU TU SIKIT. KAU TAK LAYAK UNTUK AKU. KAU YANG TINGGALKAN AKU DULU THEN KAU NAK AKU BALIK. KAU JANGAN MIMPI AKU NAK BALIK PADA KAU. SEBAB AKU HANYA SAYANGKAN AMIRA. Jerit Kamal tanpa mempedulikan orang di sekeliling.
Habis, anak U yang I dah kandungkan 3 bulan ni siapa nak tanggung? Tanya Diana yang masih dengan rancangannya. Sempat dia melihat Amira yang masih menangis teresak-esak.
Kau ni perempuan sengal ke bodoh? Tanya Kamal sambil menuding jari ke muka Diana. KAU CAKAP ANAK YANG DALAM KANDUNGAN KAU NI 3 BULAN. SEDANGKAN KALI TERAKHIR AKU JUMPA KAU 2 TAHUN LEPAS SELEPAS AKU BALIK DARI PD. MACAM MANA KAU BOLEH KATA KAU HAMILKAN ANAK AKU SEDANGKAN AKU TAK JUMPA KAU LANGSUNG SELEPAS ITU. Tengking Kamal. Malu muka Diana mendengar semua itu. Rancangannya hancur sama sekali.
KAU HAMILKAN ANAK ORANG LAIN LEPAS TU KAU CAKAP TU ANAK AKU. AKU TAK SEBODOH YANG KAU SANGKAKAN PEREMPUAN. Kata Kamal kini dengan suara yang perlahan. Diana mati kata mendengar kenyataan itu. Impiannya untuk mendapatkan Kamal semakin pudar.
Kamal benar, Mira. Dia takkan sakitkan hati insan yang dia sayang. Percayalah dia. Kata Taufiq yang tiba-tiba muncul bersama dengan Nisa.
Wou.Wou. Aku dah dengar semuanya. Kau memang tak tau malukan perempuan. Ujar seseorang memandang tajam kearah Diana. Kamal amat mengenali lelaki dihadapannya itu.
Untuk pengetahuan semua, anak yang Diana kandungkan ni bukan anak Kamal tapi anak saya. Lelaki itu memberi keterangan.
Tiba-tiba Diana meraung sekuat hatinya. Dia berlari tanpa arah tujuan kerana malu akan dirinya sendiri.
Lelaki itu berasa lega kerana telah merungkai kekejaman yang selama ini Diana rancangkan.
Share this novel