Suasana di pusat membeli belah Imperial Mall kelihatan begitu sesak. Ramai pengunjung yang dtg berkunjung ke pusat membeli belah. Terlihat merpati dua sejoli sedang berjalan menuju suatu sudut.
Awak,saya letihlah. Kita rehat kejap eh. Kata Mira kepada kekasihnya.
Alaa,siannya buah hati saya ni. Ujar Kapten Kamal. Hmm,kita makan jum. Mesti awak laparkan lepas satu shopping complex ni kita jalan.
Boleh jugak. Saya pun dah lapar ni. Ujar Amira sambil tersengih.
Awak nak makan dekat mana? Cakap je saya bawa. Kata Kamal sambil memandang Amira.
Mana-mana je. Saya tak kisah makan kat mana pun. Janji dengan awak. Kata Amira sambil tersenyum memandang kekasihnya.
Ni yang saya sayang sangat kat buah hati saya ni. Ujar Kamal tersenyum riang. Mereka bersama-sama pergi ke kedai makan kerana perut sudah berbunyi minta diisi.
Share this novel