Kamal, aku nak tegur boleh? Tanya Taufiq lalu mengambil tempat duduk di hadapan rakannya itu. Waktu itu mereka sedang duduk di kerusi yang terletak di hadapan bilik penginapan. Suasana malam begitu dingin sekali. Kamal hanya menganggukkan kepala.
Aku tengok lately ni kau kurang fokus tau tak. Kau kenapa ni? Aku tak pernah tengok kau macam ni. Tegur Taufiq sambil memandang muka Kamal.
Aku buntu. Buntu sangat. Aku tak tahu mana dia pergi. Kata Kamal dengan nada sedikit sedih.
Kau ada kol dia tak? Tanya Taufiq inginkan kepastian.
Ada tapi dia tak angkat. Jawab Kamal menunduk.
Dia busy kot. Kata Taufiq cuba menenangkan rakannya itu.
Busy apanya Fiq. Dah seminggu aku kol dia, dia tak angkat pun. Chat aku dia tak reply. Kata Kamal dengan nada sedih seperti ingin menangis. Aku tak tau apa silap aku kat dia. Kata Kamal lagi.
Jatuh simpati Taufiq melihat rakannya itu tanpa segan silu mengalirkan air mata di hadapannya.
Kau tak rasa pelik ke Mal? Tanya Taufiq seolah terfikirkan sesuatu.
Pelik apa? Tanya Kamal hairan mendengar pertanyaan rakannya itu.
Amira tiba-tiba hilangkan diri. Tak bagi tau kau pulak tu. Kau selalu cakap dekat aku kalau dia nak pergi mana-mana dia akan beritahu kau. Now, dia tak angkat kol kau. Tak balas chat kau. Kau tak terfikir ke dia macam merajuk atau marah. Kau tak rasa pelik ke semua tu. Terang Taufiq kepada Kamal.
Aku tak faham apa yang kau cuba cakapkan, Fiq. Kata Kamal yang tidak mengerti apa yang sebenarnya rakannya ingin sampaikan.
Senang je macam ni. Semua ini berlaku selepas kemunculan Diana kembali. Kata Taufiq. Kini baru jelas apa yang Taufiq cuba sampaikan kepadanya.
Aku dah cakap, kau orang perlu berhati-hati dengan dia. Dia boleh buat apa je untuk dapatkan apa dia nak balik. Termasuk sakitkan hati Amira. It's not impossible, bro. Kata Taufiq lalu menepuk bahu Kamal untuk memberi sedikit semangat kepada sahabatnya itu.
Kamal baru tersedar akan kenyataan itu. Ada benar juga kata Taufiq itu. Dia menangis lagi bila mengenangkan kemana menghilangnya kekasih hati.
Eee.. Kau ni pun. Tak payah menangis macam ni la. Mana aura Kapten kau ni. Kata Taufiq yang terasa geli melihat Kamal menangis bagai tak cukup satu baldi menampung air matanya.
Aku nampak je tegas dalam kerja. Marah org yang buat salah. Tapi bila soal hati aku jadi tak kuat. Kata Kamal.
Share this novel