Hai, kau Amira kan. Perempuan yang dah merampas Kamal daripada aku. Kata Diana sambil menjegil mata.
Saya tak seperti yang awak fikirkan. Ujar Amira.
Nasib baik mereka berada di kawasan yang kurang menjadi laluan orang ramai. Kalau tak boleh sakit jantung orang dengar suara Diana yang mencecah volume ke 100.
Kau tak payah nak buat baiklah. Tengking Diana. Kau dengar sini ya, aku akan ambil balik hak aku. Kalau aku tak dapat Kamal, kau jangan berangan nak dapat dia. Kata Diana mengugut sambil menuding jari ke muka Amira.
Tidak lama kemudian, Diana pergi meninggalkan Amira. Namun selang beberapa langkah, Diana kembali semula ke arah Amira lalu mendekatkan mukanya ke telinga Amira seperti membisikkan sesuatu.
Kau nak tau tak sebab apa aku nak dia balik. Dia dan aku pernah... Kata Diana tersenyum penuh makna lalu meninggalkan Amira yang sudah menangis teresak-esak.
Tersenyum puas kerana sudah berjaya mainkan hati Amira. Padan muka kau!!..
Share this novel