Balik

Romance Series 10079

Assalamualaikum mak. Angah memberi salam dari luar rumah. Panggilan Angah diberikan kepada Kamal oleh keluarganya kerana beliau merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik.

Waalaikumussalam. Jawab seseorang yang sama seperti suara ibunya. Waktu bagaikan terhenti seketika.

Terkejut melihat anak kesayangan yang dirindui selalu kini berada di hadapan mata membuatkan air mata ibunya yang sudah mencecah 50 tahun meluncur laju.Kamal terus berjalan mendapatkan ibunya lalu memeluk sambil menangis.

Angah,kenapa balik tak bagi tahu ibu. Ujar ibunya sambil mengelap air mata menggunakan hujung baju.

Tak pe ibu. Angah tak nak susahkan orang. Angah naik grab tadi. Jawab Kamal.

Crab? Macam mana kau naik ketam Mal. Ketam tu kan binatang atas air. Mana ada berjalan atas jalan. Jangan nak main-main. Kata ibunya yang hairan melihat anaknya yang sorang itu.

Jauh sekali penampilan anaknya itu sebelum dan selepas pergi latihan. Mungkin kerana disiplin yang ketat mendorongnya untuk menjadi seorang yang tegap dan berwibawa.

Apalah ibu ni. Bukan crab. Grab lah ibu. G.R.A.B. Kata Kamal seraya ketawa mendengar ibunya yang samakan grab dengan crab.

Alah. Mak mana tahu semua tu. Ujar ibunya lagi. Mereka sama-sama ketawa gembira.

Kamu dah makan belum? Tanya ibu kepada Kamal.

Dah ibu tapi rasa lapar lagi. Terasa nak makan air tangan ibu yang angah rindu sangat. Kata Kamal sambil mengikuti ibunya ke dapur.

Baiklah. Ibu masak untuk Angah okay. Ujar ibu sambil memandang Kamal. Terasa air mata hangat ingin meluncur lagi namun ditahan.

Okay ibu. Angah nak mandi dan tidur kejap okay. Kata Kamal sebelum berlalu ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience