Hai,kat sini rupanya sayang saya ni. Puas cari satu bangunan. Ujar Kamal mendekati kekasihnya yang sedang duduk di kerusi. Dia mengambil tempat di sebelah Amira.
Kenapa tiba-tiba menghilang ni sayang. Risau saya tau tak. Kata Kamal sambil merenung wajah Amira.
Saja ambil angin kat sini. Kata Amira tanpa memandang kearahnya.
Oh,kalau macam tu,mesejlah saya. Taklah saya risau mencari. Kata Kamal tanpa jemu merenung wajah insan yang amat disayanginya.
Nak bagitau tadi tapi, tengok awak lagi cakap dengan seseorang. Malaslah nak ganggu. Kata Amira lalu memandang wajah Kamal.
Oh, itu kawan sama kem saya. Terjumpa pulak dengan dia kat sini. Kata Kamal mengalihkan pandangannya daripada memandang Amira.
Amira kurang yakin akan jawapan Kamal itu. Dia amat kenal perempuan yang sedang berbual dengan kekasihnya tadi
Kalau betul kawan sama kem awak,kenapa awak larikan pandangan awak bila saya lihat awak. Selalunya orang yang buat salah, dia tak berani pandang muka kita. Kata itu hanya terluah di hati sahaja. Amira sedaya upaya menahan sedih.
Share this novel