Awak, kita makan dekat restoran itulah. Kata Amira sambil menunjukkan kearah sebuah restoran bernama 726 Restaurant.
Baiklah Jum kita pergi. Jawab Kamal. Mereka beriringan masuk ke restoran tersebut.
Ramai pengunjung yang datang ke restoran tersebut. Mereka mengambil tempat duduk yang agak jauh daripada orang bagi memberi keselesaan kepada mereka.
Awak nak makan apa? Tanya Amira sambil tersenyum memandang kekasihnya.
Saya dah kenyang dah. Jawab Kamal membalas senyuman.
Eh,dah kenyang. Tadi awak cakap lapar. Ni dah kenyang pulak. Ujar Amira kehairanan melihat buah hati pengarang jantungnya itu.
Saya tengok awak senyum-senyum lihat saya dari tadi sebab tu saya kenyang dengan senyuman manis awak. Ujar Kamal smbil mencuit hidung kekasihnya.
Kamal tersenyum melihat muka Amira yang sudah bertukar menjadi merah kerana menahan malu. Tiba-tiba di suatu sudut Kamal terlihat seorang yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu.
Ermm... Awak, kita makan tempat lain jum. Tak best lah makan dekat sini. Ujar Kamal tiba-tiba.
Eh,kenapa nak tukar tempat lain. Kita dah order makanan dah. Nanti waitress tu anta macam mana. Jawab Amira yang hairan melihat perangai aneh kekasihnya itu.
Kita batalkan jelah. Jum jum. Kata Kamal lalu menarik lengan Amira. Amira hanya menuruti walaupun dia sebenarnya hairan akan perubahan sikap Kamal.
Share this novel