Mengimbau kenangan

Romance Series 10079

Awak. Panggil Kamal. Amira menoleh apabila terasa lengannya dipegang.

Kita duduk dekat cafe kejap. Ujar Kamal. Amira hanya mengangguk sambil tersenyum.

Sebenarnya, saya terjumpa dia dekat restoran tadi. Ujar Kamal menceritakan apa yang berlaku semasa di restoran 726 tadi.

Dia? Siapa dia? Soal Amira kehairanan.

Diana. Jawab Kamal menundukkan muka.

Who's Diana? Tanya Amira yang mula rasa ingin tahu.

Dia bekas teman wanita saya. Jawab Kamal lalu memandang Amira. Terasa panah menusuk hatinya. Pedih. Tanpa segan silu air mata Amira jatuh di hadapan lelaki yang disayangi dan adisegani.

Jatuh kasih Kamal melihat air mata kekasihnya jatuh. Ingin sekali dilap air mata itu tetapi siapa dia untuk menyentuh insan yang disayanginya yang masih bukan mahramnya.

Kenapa awak tak pernah cerita dekat saya tentang dia? Tanya Amira tersedu sedan. Awak dah janji takkan ada rahsia antara kita. Kata Amira yang sedaya upaya untuk menahan air mata yang ingin sahaja jatuh.

Semua itu dah tak penting bagi saya. Saya dah lupakan dia. Saya ada awak sahaja sekarang ni. Ujar Kamal seraya memujuk hati kekasihnya yang sudah terguris.

Macam mana kalau dia nak kat awak balik? Awak nak kat dia balik? Tanya Amira sengaja menduga. Pertanyaan itu membuatkan jiwa lelakinya meronta.

Saya tak nak kat dia. Dia dah kecewakan saya dulu. Dia dah sakitkan hati saya. Saya takkan balik dekat dia. Ujar Kamal cuba untuk meyakinkan insan yang amat dia sayangi.

Dia kecewakan awak? Tanya Amira yang ingin tahu.

Ya. Dia permainkan perasaan saya disaat saya benar-benar perlukan sokongan. Jawab Kamal. Tidak semena-mena kenangan lama kembali menerjah di ingatannya.

Boleh awak cerita kisah pertemuan awak dengan dia hingga terjadinya perpisahan. Pinta Amira.

Berat rasa saya nak cerita. Lebih lagi benda yang akan buatkan hati awak terguris. Kalau awak bersedia untuk mendengar semuanya,saya akan ceritakan.

Saya sedia mendengar. Jawab Amira tersenyum. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu gelodak jiwanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience