Chapter 2

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (2)

AKU tiba-tiba terjaga. Cepat-cepat tangan mencapai telefon untuk melihat jam. 3 pagi. Tapi, apa maksud mimpi tadi? Sudahlah Fir, abaikan. Mimpi tu mainan tidur. Nak kejut tahajjud je tu. Aku terus bangkit dan berwudhuk. Kemudian memulakan ibadah dengan solat sunat tahajjud.

Qiyamulail menjadi rutin aku sejak dua tahun lepas. Ya, sejak hijrahnya aku. Tahun akhir di universiti. Walau lambat, tak pe la. Aku bersyukur sekurang-kurangnya aku sambut hidayah Allah.

Laungan azan subuh mulai berkumandang dari masjid berdekatan. Aku menyudahkan bacaan al-Quran. Mengucup kitabullah itu dan terus berdiri. Bersedia untuk menunaikan subuh. Iqamat aku laung dengan lantang dan tenang. Mengharap ayah dan ibu solat bersama. Namun hampa.

Usai solat subuh, aku bersiap untuk ke pejabat bersama ayah. Kemeja berwarna hijau lembut aku pilih bersama kot hitam yang tersedia di bilikku. Nampak kacak bergaya pulak aku hari ni. Eh? Sempat pulak aku puji diri. Tak malu betul. Dosa melambak, tak hensem gak.

"Dah ready?" Ayah bertanya ketika di meja makan. Aku cuma tersenyum dan mengangguk. Sungguh, kekok. Ibu hanya memberi senyuman, menenangkan rasa hati aku.

Jam 7, kami bertolak ke pejabat. Kalau lambat, nanti sesak. Makin lambat ke pejabat. Ayah yang duduk di sebelahku aku pandang sekilas. Dalam hati, ada ragu. Mampukah aku menggantikan tempat ayah? Bukan mudah.

Amanah itu bukan mainan. Tapi, satu beban yang dipikulkan di bahu. Andai dilaksana dengan jujur, bersyukur. Namun, andai dikhianati amanah diberi, padahlah. Amanah sebagai hamba pun belum lepas. Kalau dikhianati? Jawablah di mahkamah akhirat nanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience