Chapter 16

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (16)

AWAL-AWAL pagi, aku sudah turun ke bawah walaupun dalam keadaan kaki yang teramat sakit. Farha ku lihat sedang menyediakan sarapan. Farid berdengkur lagi di biliknya. Abang Fahmi tengah menghadap laptop. Entah cerita apa yang ditontonnya. Kak Farisah, televisyen sedang menoton dia. Mana tidaknya, dia termenung, televisyen terpasang. Sah-sah televisyen yang tengok dia. Tiba-tiba, mentol dalam kepala menyala.

"Oh Fateh bakal suamiku!!" Latah Kak Farisah bila aku menyergah. Sebelum kena belasah, jom kita lari!

Pantas aku mengambil langkah seribu menuju bilik ibu dan ayahku. Terlupa tentang rasa sakit kaki tadi. Aku mengetuk pintu dan memberi salam. Ramai sebenarnya umat Islam zaman sekarang yang mengabaikan adab ini. Adab memasuki bilik kedua orang tua kita. Padahal bukan susah memberi salam dan mengetuk pintu. Salam kan satu doa. Ketuk pintu satu adab mulia.

"Ibu, ayah, tak lama lagi ibu dengan ayah dapat menantu lelaki jugaklah nampaknya..." kataku tanpa sempat Kak Farisah menahan. Merah padam wajahnya kerana malu.

"Ye ke ni, Farisah? Siapa nama bakal menantu ibu tu?" Ibu menarik tangan Kak Farisah masuk ke kamar ibu dan ayah. Pintu bilik dibuka luas. Aku masuk dan duduk di sebelah ayah.

"Fateh, bu..." aku menjawab.

"Ish kau ni Fir! Menyibuk je! Siap kau nanti!" Kak Farisah mengeluarkan amaran. Aku ketawa ceria. Ayah turut serta.

"Fateh? Sedap tu namanya... Budaknya macam mana? Mai bawak dia jumpa ayah..." Ayah bersuara.

"Memang sedap nama Fateh, ayah, ibu. Teringat pulak kisah kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menakluk konstantinople setelah 800 tahun percubaan menawan kota itu. Padahal, usia Al-Fateh pada ketika itu adalah masih belia. Ada yang mengatakan 19. Ada juga yang mengatakan umurnya 20. Paling popular, umur 21." Aku menyampuk. Ibu, ayah dan Kak Farisah tampak tertarik.

"Eh, ceritalah lagi. Ibu nak tahu lagi. Ibu tak pernah tahu pun..." aku senyum.

"Nantilah ibu. Masa kita santai ramai-ramai petang nanti. Sekarang, jom solat sunat dhuha?" Aku cuba mengajak.

"Tak pe la. Kamu pergilah buat. Lain kali ibu join." Ibu mengelak. Ayah juga. Kak Farisah pun begitu. Aku cuma senyum.

Kecewa? Tak perlu. Hidayah itu dari Allah. Sedangkan bapa saudara yang paling Nabi sayangi, yang membela Nabi, hidup dengan Nabi pun tak menerima dakwah Nabi. Sebab apa? Sebab hidayah bukan milik kita. Tapi milik Allah.

Aku melangkah keluar dari kamar ayah dan bonda tercinta. Kaki ku atur ke bilik mandi untuk bewudhuk. Sesudah itu, aku ke bilik solat untuk menunaikan solat sunat dhuha. Belum sempat aku mengangkat takbir, satu suara mengusik gembira di hati.

"Boleh Farid join?"

Subhanallah! Kuasa Allah sungguh besar. Aku mengalu-alukan kedatangannya. Ini mungkin permulaan. Akan aku teruskan perjalanan. Berjuang membawa seluruh keluarga meniti jalan ke syurga. Aku memulakan solat. Menjadi imam kepada adik sendiri ini lebih membuatku bersyukur berbanding di pejabat. Banyaknya nikmat Allah. Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience