Chapter 8

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (8)

*Sebulan kemudian...

AKU mengambil cuti hari ini bagi meluangkan masa bersama keluarga. Lagipun, sudah lama aku tidak berjumpa ibu ayah dan adik beradik lain. Kebetulan, hari ini semua adik beradik balik. Jadi, apa salahnya aku mengambil cuti seminggu. Keluarga lebih penting dari kerja. Kalau tak ada keluarga, aku takkan mampu kerja sehebat ini. Semuanya dari Allah.

"Assalamu'alaikum..." aku memberi salam dari luar rumah. Pintu dibuka perlahan dari dalam rumah.

"Wa'alaikumussalam... Cari siapa ye?" Tanya insan yang membukakan pintu untukku.

Terkejut juga aku mendengar soalan itu. Adik perempuan aku sendiri tak kenal aku. Baru 4 tahun tak jumpa. Dia pandang aku dari atas ke bawah. Aku turut berbuat perkara yang sama terhadap diriku. Dalam hati terasa pelik. Ada yang tak kena ke dengan pakaian aku? T-shirt warna coklat cair dan seluar track. Okey je kan? Eh, oh ya, aku pakai kopiah. Tiba-tiba muncul idea di benakku.

"Tan Sri Zahid dan Puan Sri Aisyah ada?" Tanyaku dengan riak selamba.

"Ada. Tapi, encik ni siapa ya?" Tanya adikku lagi.

"Saya pekerja Tan Sri. Saya ada sedikit perkara untuk dibincangkan." Aku menjawab. Dalam hati menahan tawa melihat kerutan di dahi adikku.

"Siapa yang datang tu, Farha..." ibu mendekati.

"Eh, balik dah Fir... Masuklah... Apa buat terjegat depan pintu ni..." ajak ibu.

"Fir? Ni abang Fir ke ibu?" Tanya adikku. Ibu mengangguk. Oh, tidak! Dah kantoi. Aku kena cepat lari ni. Aku salam ibu dan terus berlari ke bilikku sebelum dikerjakan oleh Farha.

"Firash bin Zahid!!! Siap kau nanti!!!" Aku sudah tergelak besar mendengar jeritannya. Ibu sudah tergeleng-geleng melihat gelagat anak-anaknya yang tak pernah berubah.

Bukan aku tak perasan pandangan pelik adik beradikku yang lain semasa aku berlari tadi. Bukan juga sombong tak mahu menegur. Cumanya, aku mengelak bertemu perempuan-perempuan asing yang pastinya ingin dijodohkan denganku. Tak nak aku. Cantik memang cantik, tapi sayang... Cantik cuma pada rupa. Akhlak hancus, memasak hangus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience