Chapter 15

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (15)

USAI solat berjemaah, kami meminta diri untuk pulang ke rumah. Rasanya sudah terlalu lama berada di rumah orang. Melihatkan abang Fahmi dan ayah keletihan, aku segera menawarkan diri untuk memandu. Jalan? Jangan risau. Aku kalau pasal jalan ni, sekali pergi boleh ingat. Cuma satu jalan je yang sampai sekarang aku tak mampu sampai lagi. Jalan apa?

Jalan menuju redha Allah. Aku cam jalannya. Aku tahu caranya. Cuma, belum sampai. Jadi, wajiblah kita sebagai insan yang beriman untuk terus berusaha mengejar mardhatillah. Laksanakan segala perintah-Nya. Jauhi segala larangan Sang Pencipta. Tak dilupakan dengan perhubungan baik dengan sesama manusia. Tidak kira muslim mahupun bukan. Kerana, itulah akhlak Nabi yang menarik ramai manusia kembali pada fitrah Islam. Akhlak sesama manusia.

Suasana dalam kereta hanya sepi. Sesekali terdengar tawa adik perempuanku mengusik Farid. Sesekali, terdengar suara ibu dan kakak berbincang tentang abang Fahmi. Dan yang paling kerap sekali adalah bunyi dengkuran ayah yang sedang tidur di sisi ibu di tempat duduk belakang. Abang Fahmi di sisi memilih untuk memandang keindahan suasana malam. Aku memandu tenang.

"Fir, nanti berhenti sekejap dekat Petronas.", suara abang Fahmi memecahkan keheningan. Aku hanya membalas dengan anggukan.

Kereta dibelokkan ke kiri dan masuk ke stesen minyak Petronas. Aku meletakkan kereta di bahagian tepi hampir dengan jalan keluar. Kunci kereta dibuka. Abang Fahmi membuka tali pinggang keledar dan terus keluar tanpa bicara. Aku memerhati dari cermin sisi. Erk! Nak pi tandas rupanya! Sementara menunggu abang Fahmi, aku cuba melelapkan mata. Sekejap pun, jadilah!

"Fir... Kau ngantuk sangat ke? Nak abang ganti?", suara abang Fahmi mengejutkanku menyapa telinga. Aku terpisat-pisat membuka mata.

"Eh, tak pe... Nak tidur sekejap je tadi. Dah ke?", tanyaku.

"Dah... Nah..." abang Fahmi menghulur setin air nescafe.

"Thanks..." aku menyambut hulurannya. Segera aku buka dan minum beberapa teguk. Kemudian aku letakkan di tempat selamat agar tidak tumpah.

"Betul ke ni kau tak nak abang ganti?", tanya abang Fahmi. Aku membalas dengan anggukan dan senyuman. Jelas di mataku dia juga mulai mengantuk.

"Bismillahirrahmanirrahiim..." usai membaca basmallah, aku menyambung pemanduan. Tepat jam 10 malam, kami tiba di rumah. Aku mengejutkan semua ahli keluargaku setelah membuka pintu rumah. Aku memapah Farha yang kelihatan masih mamai. Kesiannya lahai adik aku ni. Penat sangat nampaknya.

Setelah mengunci kereta, barulah aku masuk ke rumah. Malang tidak berbau, tiba-tiba aku terjatuh. Aku cuba bangun. Sakit. Mungkin ini peringatan dari Allah. Aku terlalu lalai agaknya. Apa ya silapku hari ini?

"Ya Allah, aku lupa baca Mathurat. Ampunkanku Ya Rabb..." rintihku perlahan.

Aku cuba bangun dan berjalan perlahan ke pintu rumah. Namun, entah kenapa, sudah jatuh ditimpa tangga. Sebelum sempat aku sampai di pintu rumah, ada satu rasa pedih di kaki. Ku selak sedikit jubah yang aku pakai. Digigit semut api rupanya. Pasti ini juga pengajaran buatku. Mungkin aku perlu lebih banyak bertaubat.

"Ya Allah... Terima kasih atas peringatan ini. Wahai diri, moga tak lalai lagi..." aku berbisik sendiri. Kakiku mula terdapat sedikit tanda kemerah-merahan. Kesan gigitan semut api.

Andai gigitan semut api yang kecil itu sudah terasa pedih begini, bagaimanalah azab di api neraka? Pastinya lebih pedih dan perit. Syukur pada Allah atas semua ini.

Allah itu menurut sangkaan hamba-Nya. Bersangka baiklah kita dalam setiap ketentuan Allah. Aku masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Segera aku berwudhuk dan menunaikan solat Isyak dan solat sunat taubat. Setelah membaca sehelai dari kitab suci al-Quran, aku merebahkan diri dan terlena.

Lelah kita tak seberapa dibanding lelahnya Rasul tercinta dalam ujian dakwahnya. Layakkah kita merungut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience