Chapter 18

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (18)

SARAPAN pagi itu amat menyelerakan. Bihun sup. Lagi-lagi bila adik aku yang masak. Marvelous! Aku duduk dengan tertib. Tanganku mengambil mangkuk bersama sudu dan garfu. Namun, belum sempat aku mengambil bihun untuk dimasukkan ke dalam mangkuk, Farha sudah menepis tanganku. Aku terpinga-pinga.

"Biar adik ambikkan. Abang Fir, kalau ambik sendiri, nanti letak sambal kicap banyak-banyak. Lepas tu, sakit perut salahkan orang..." adikku membebel sambil menghidangkan bihun sup untukku. Aku tertawa sendiri.

Benarlah semua itu. Aku sukakan makanan pedas, tapi perutku sukar menerima. Asyik menolak sahaja. Entah kenapa. Bila Farha dah mengambil tugas ibu membebel kepadaku, apa lagi yang mampu aku lakukan selain tersenyum dan redha? Eh Fir, tu redha ke pasrah? Huhu.

"Ha, nah..." adikku menghulur semangkuk bihun sup.

"Alaa... Tambahlah lagi sikit sambal tu... Please..." aku merayu sambil mata dikelip-kelipkan. Eh, ingat comel ke Fir? Untuk seorang lelaki kacak seperti aku ni, mestilah comel! Perasan lagi aku ni. Hesh!

Adikku mencedokkan satu sudu kecil sambal kicap ke dalam mangkuk bihun sup aku. Dalam hati masih tak puas ni. Eh, tadi kata redha, Fir? Err...

"Lagi satu sudu...." aku pinta lagi sambil jari telunjuk dinaikkan.

"No!" Kali ini Farha membantah.

"Alaaa... Please...." rayuku lagi. Aku terdengar suara-suara halus menahan tawa. Adik aku ni, time dia tengah tegas, jangan diketawakan. Bahaya!

"No!" Dia masih bertegas. Namun, nadanya tetap sederhana.

"Bolehlah...." aku masih tak henti meminta dan merayu.

"I said, no!" Suaranya naik seoktaf. Aku tunduk. Hulurannya aku capai.

"Ye la... Ye la... Thanks... Dah la dah lama tak makan... Kena sekat pulak... Hai la... Nasib badan...." aku berbicara sendiri sambil mengacau kuah sup di dalam mangkuk agar sebati dengan sambal kicap.

"Abang Fir...." panggil Farha perlahan.

"Hmmm...." acuh tak acuh aku menyahut.

"Abang Fir! Tak payah la merajuk! Buruk tahu tak?" Aku pulak dimarah. Tapi....

"Merajuk memanglah tak payah...." sengaja aku menjawab tanpa perasaan.

"Ye la, nah...." satu sudu sambal kicap dimasukkan ke dalam mangkuk aku. Aku sudah tersenyum.

"Jazakillahu khairan kathira ya ukhti habibati...." ucapku gembira.

Krik krik... Krik krik...

Aku pelik dengan suasana sepi ini. Tadi macam dengar mereka masih tertawa. Sekarang apasal senyap pulak? Aku mengangkat kepala yang dari tadi memandang mangkuk. Baru aku perasan semua mata tertumpu padaku.

"Kenapa semua ni?" Aku bertanya. Serius hairan.

"Kau tahu bahasa arab?" Tanya abang Fahmi. Ops! Patutlah mereka senyap.

"Tahulah jugak sikit-sikit. Setakat ana, enta, enti, syukran, afwan, kaifa haluka, kaifa haluki." Aku menjawab.

"Err... Apa maksudnya?" Tanya ibu pula.

"Alahai... Nantilah kita beajar semua... Bagilah perut kita semua yang lapar ni terisi dulu...." kata-kataku disambut tawa.

Namun, jujur dalam hati aku teruja. Teruja dengan semangat mereka. Pertama, nak dengar kisah sejarah Islam. Kedua, nak belajar mengaji. Ketiga, nak belajar solat dan yang keempat ni, istimewa. Sebab bukan semua orang minat nak belajar bahasa arab. Tapi, mereka ni pulak bersemangat tahap infiniti sampai nak tahu semua dalam satu masa.

Rabbi yassir wa la tu'assir. Rabbi tammim bil khair...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience